Kategori
Ringkas

Jenazah Bung Moktar Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas

KOTA KINABALU, 5 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang. Hujan gerimis turun sejurus selesai pengebumian tokoh politik yang banyak berjasa kepada rakyat Sabah itu. Terdahulu, van membawa jenazah […]

Kategori
Politik

PM 10: Sabah Sokong Kerajaan Perpaduan Demi Kebaikan, Kestabilan – Hajiji

KOTA KINABALU, 25 Nov – Sokongan dan penyertaan parti-parti politik di Sabah dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini dapat memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Barisan Nasional (BN) mahu memberikan fokus kepada […]

Kategori
Berita

Tuntutan Waris Sultan Sulu: Kedudukan Sabah Dalam Malaysia Tidak Terjejas – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac – ‘Final award’ berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu yang dikeluarkan dalam prosiding timbang tara di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis tidak akan menjejaskan kedudukan Sabah sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Beliau berkata Malaysia telah banyak kali menegaskan tidak mengiktraf dan melayan sebarang tuntutan […]

Kategori
Berita

Jambatan Gantung Kampung Nelayan Tengah Ditutup Sementara

SANDAKAN, 12 Jan – Jambatan gantung usang di Kampung Nelayan Tengah dekat sini ditutup sementara mulai hari ini sebagai langkah keselamatan. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung itu dalam kenyataan di sini memaklumkan keputusan itu dibuat atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang memutuskan jambatan berusia lebih 30 tahun […]

Kategori
Berita

Orang Ramai Dinasihat Jangan Ambil Risiko Redah Arus Banjir

KOTA KINABALU, 21 Sept – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan penduduk di daerah ini dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa. Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan […]

Kategori
Berita

APM Berjaya Tangkap Buaya Tular Di Kampung Nagapas, Papar

PAPAR, 21 Sept – Seekor buaya yang tular di media sosial selepas kemunculannya dirakam melalui video di tengah jalan di Kampung Nagapas di sini baru-baru ini, berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah malam tadi. APM Sabah menerusi kenyataan memberitahu buaya seberat kira-kira 700 kilogram dan panjang 4.87 meter ditemukan orang awam pada pukul […]

Kategori
Berita

Pendakian Gunung Kinabalu Dibuka Semula Kepada Orang Awam

KOTA KINABALU, 19 Sept – Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 Sept lepas, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin. Beliau berkata kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis […]

Kategori
Berita

Sabah Benarkan 300 Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Utama

KOTA KINABALU, 17 Sept – Kerajaan Sabah hari ini membenarkan seramai 300 jemaah untuk solat Jumaat di Masjid Utama negeri ini berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun. Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata masjid utama tersebut ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Nurul Hikmah di sini dan […]