Categories
Luar Negara

Itali Wajibkan Semua Pekerja Miliki Pas Kesihatan COVID-19

ITALI pada Khamis merancang untuk menjadi negara Eropah pertama yang mewajibkan penggunaan pas kesihatan COVID-19 kepada semua pekerja di negara itu.

Memetik laporan Saudi Gazette, kerajaan Itali telah mengemukakan draf cadangan untuk mewajibkan sijil vaksin digital kepada semua pekerja sektor awam dan swasta, bermula Oktober ini.

Langkah tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengambilan vaksin dan mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 menjelang musim sejuk yang dijangka melanda negara itu kelak.

Baru-baru ini, semua pekerja diminta untuk membuktikan bahawa mereka telah lengkap divaksin dan sembuh daripada jangkitan COVID-19 atau diuji negatif terhadap virus tersebut.

“Kerajaan bersedia untuk mempercepatkan pengenalan pas kesihatan. Kami sedang bergerak ke arah menjadikan pas kesihatan sebagai satu kewajiban bukan hanya di sektor awam tetapi juga di sektor swasta,” kata Menteri Hal Ehwal Wilayah, Mariastella Gelmini kepada stesen radio tempatan, Radio Rai. 

Hanya pesara dan warganegara yang menganggur sahaja akan dikecualikan daripada memiliki pas kesihatan ini. Keputusan baharu itu telah diluluskan kerajaan Itali kelmarin.

Ketika ini, hampir 75 peratus penduduk Itali yang berusia 12 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

“Vaksin merupakan satu-satunya senjata yang kita miliki untuk melawan COVID-19 dan kita hanya dapat membendung jangkitan dengan memvaksinasi sebahagian besar populasi,” ujar Gelmini.

Sebelum ini, Itali telah menjadikan ‘pas hijau’ sebagai satu kewajiban kepada guru dan pekerja sektor awam lain bulan ini, sementara petugas kesihatan diwajibkan untuk mendapatkan vaksin sejak April lalu.

Langkah itu menyebabkan berlakunya beberapa protes daripada pihak pembangkang, dan pengkritik berpendapat bahawa ‘pas hijau’ ini menyekat kebebasan orang ramai.

Dalam pekerbangan sama, menurut beberapa laporan, Itali juga tidak merancang untuk memecat mana-mana pekerja yang enggan membawa ‘pas hijau’. Sebaliknya mereka boleh sehingga €1,000 bersamaan RM4,907 sebelum digantung tugas selepas lima hari. – AGENSI

Amirul Fahmi's avatar

By Amirul Fahmi

( Verified Author ☑ ) Amirul Fahmi merupakan seorang penulis blog yang memulakan kariernya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading