Kategori
Berita

Pekerja Enggan Divaksin Boleh Dikenakan Tindakan – Saravanan

IPOH, 3 Sept — Pekerja yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 kerana menyebabkan suasana tempat kerja yang tidak selamat. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata walaupun tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 namun AKKP 1994 menuntut majikan memastikan persekitaran tempat kerja […]

Kategori
Berita

TUDM Bantu Hantar 99,400 Dos Vaksin Dari Sarawak Ke Sabah

KUCHING, 29 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membantu menghantar 99,400 dos vaksin COVID-19 dari Sarawak ke Sabah melalui penerbangan komunikasi logistik. Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan berkata, penerbangan itu membabitkan vaksin jenis Comirnaty (Pfizer-BioNTech) melalui pinjaman vaksin daripada kerajaan Sarawak yang diperoleh di Kuching, Sibu dan Bintulu untuk dibawa […]

Kategori
Berita

Malaysia Berupaya Hasilkan Vaksin COVID-19 Tempatan – Dr Adham

KOTA TINGGI, 28 Ogos – Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin COVID-19 pertama negara dengan mengembleng tenaga para saintis di negara ini yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan awam untuk melakukan inovasi terutamanya dalam pembinaan dan penghasilan vaksin. Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penghasilan sendiri vaksin COVID-19 sangat penting bagi membantu negara […]

Kategori
Berita

Kilang Dibenarkan Jadi PPV Untuk Pekerja Mereka – PM

BERA, 28 Ogos – Semua pemilik kilang terutama yang mempunyai ramai pekerja asing dibenarkan untuk menjadikan kilang mereka sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesesakan seperti yang tular di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Menurutnya, perkara ini juga telah dimaklumkan […]

Kategori
Luar Negara

Pelajar Ini Cacah Tatu Kod QR Sijil Vaksinasi COVID-19 Di Lengannya

SEORANG pelajar di Itali telah meraih perhatian netizen apabila dia mencacah tatu berbentuk kod QR sijil vaksinasi COVID-19 di bahagian lengannya. Andrea Colonnetta, 22, berkata, dia tidak berfikir panjang untuk membuat tatu tersebut memandangkan ia merupakan salah satu keperluan ketika ini. “Ini pastinya sesuatu yang asli dan saya suka menjadi lain daripada yang lain. “Lagipun, […]

Kategori
Berita

TMJ Mahu Jumpa 779 Guru Yang Tolak Vaksin COVID-19

JOHOR BAHRU, 22 Ogos – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima suntikan vaksin COVID-19, bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan isu itu. Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter rasmi baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat. “Keutamaan […]

Kategori
Berita

Vaksin COVID-19: 1.4 Juta Individu Diminta Untuk Lengkapkan Maklumat Menerusi MySejahtera

PUTRAJAYA, 15 Mac – Seramai 1.4 juta individu yang telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melalui aplikasi MySejahtera diminta untuk melengkapkan semula pendaftaran masing-masing. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut penting bagi memudahkan urusan terutamanya dalam membuat janji temu melibatkan pusat pemberian […]

Kategori
Berita

Fasiliti KKM Mampu Kendalikan Vaksin COVID-19 Untuk Jemaah Haji

PUTRAJAYA, 8 Mac – Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mampu mengendalikan pemberian vaksin COVID-19 kepada jemaah haji sekiranya ibadah haji dibenarkan tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang bakal diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi. “Sekiranya ibadah haji boleh dilaksanakan tahun ini, jumlah jemaah terbabit adalah […]

Kategori
Berita

Menghasut Untuk Tolak Pengambilan Vaksin Adalah Satu Kesalahan!

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Melalui Ordinan Darurat, perbuatan menghasut orang ramai supaya menolak daripada mengambil vaksin COVID-19 adalah satu kesalahan. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan sedemikian boleh dianggap mendatangkan khianat awam dengan niat untuk menakut-nakutkan orang ramai. “Semalam, saya difahamkan polis sudah membuat kenyataan. Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua […]

Kategori
Berita

PM Muhyiddin Tawar Diri Jadi Antara Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin

PUTRAJAYA, 22 Dis – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin hari ini mengumumkan bahawa dirinya akan menawarkan diri menjadi antara individu pertama menerima vaksin suntikan vaksin COVID-19. Jelasnya, ia bertujuan untuk menyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diterima itu selamat dan terbukti berkesan. “Saya akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19. Ini akan diikuti […]