Categories
Ringkas

Salah Bawa Mesir Lakar Kemenangan Bersejarah

VANCOUVER, 22 Jun – Mesir akhirnya meraih kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia selepas bangkit menundukkan New Zealand 3-1 dalam aksi Kumpulan G di Stadium BC Place, Kanada.

Keputusan itu meletakkan skuad itu di tangga teratas kumpulan dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Walaupun tampil dengan status pilihan, Mesir terlebih dahulu dikejutkan apabila pertahanan New Zealand, Finn Surman menanduk masuk sepakan penjuru Tim Payne pada minit ke-15.

Pasukan dari Afrika itu kemudian memperkemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mostafa Zizo yang menanduk masuk hantaran Mohamed Hany pada minit ke-58.

Sembilan minit berselang, Mohamed Salah pula menceriakan ribuan penyokong Mesir apabila menyudahkan gerakan satu-dua bersama Zizo sebelum meledak gol kedua pasukannya.

Trezeguet memastikan tiga mata menjadi milik Mesir apabila menambah jaringan ketiga menerusi tandukan hasil sepakan penjuru yang diambil Salah.

Kemenangan tersebut turut mencerahkan peluang Mesir untuk melangkah ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah mereka di pentas Piala Dunia.

Sementara itu, New Zealand yang sebelum ini mengikat Iran 2-2 terpaksa berpuas hati menghuni tangga tercorot Kumpulan G dengan hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan. – Reuters via Harian Metro

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading