Categories
Ringkas

Isu Tular: JPN Sedia Pelbagai Urusan Dokumentasi Termasuk Kepada Bukan Warganegara

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Kehadiran individu di premis Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak semestinya bermaksud individu itu sedang memohon atau akan diberikan MyKad. JPN dalam hantaran di laman sosialnya memaklumkan pelbagai jenis perkhidmatan pendaftaran dan dokumentasi disediakan jabatan termasuk kepada individu bukan warganegara bergantung kepada jenis urusan dijalankan. “Terdapat pelbagai urusan lain di JPN yang […]

Categories
Ringkas

Pemegang Kad UNHCR Masih Dianggap PATI, Tertakluk Kepada Undang-Undang Negara – JIM

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah masih dianggap sebagai pendatang tanpa izin namun dikecualikan daripada pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan memasuki negara tanpa dokumen sah. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan selain pengecualian […]

Categories
Ringkas

Malaysia Wajar Pertimbangkan Semula Keberadaan UNHCR Jika Tiada Kerjasama Saringan – Mohamad Hasan

SEREMBAN, 28 Julai – Malaysia wajar mempertimbangkan semula keberadaan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini, sekiranya badan antarabangsa itu enggan bekerjasama dalam melaksanakan proses saringan ketat terhadap pemohon kad pelarian. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kewujudan pejabat UNHCR ketika ini dilihat seolah-olah menjadi “magnet”, yang menarik kemasukan […]

Categories
Ringkas

Liga Bola Sepak Tawar RM20,000: Kemampuan Kewangan Pelarian Rohingya Dipersoal

BUKIT MERTAJAM, 4 Julai – Penganjuran sebuah liga bola sepak membabitkan pelarian Rohingya dengan tawaran hadiah utama sehingga RM20,000 mencetuskan perbincangan mengenai kemampuan kewangan sebahagian etnik berkenaan di Malaysia. Poster kejohanan yang tular di media sosial itu memaparkan ganjaran RM20,000 kepada johan, RM10,000 untuk naib johan dan RM5,000 kepada pasukan di tempat ketiga. Mengulas perkara […]

Categories
Ringkas

Kerajaan Kelantan Tidak Pernah Iktiraf Pelantikan Ketua Daerah Rohingya

KOTA BHARU, 25 Jun – Kerajaan Kelantan menegaskan pelantikan individu sebagai ketua masyarakat Rohingya di beberapa daerah di negeri itu tidak mempunyai sebarang pengiktirafan rasmi daripada pihak berkuasa. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, pelantikan berkenaan dilakukan atas inisiatif komuniti terbabit sendiri tanpa sebarang pendaftaran dengan kerajaan negeri […]

Categories
Ringkas

Gelombang Baharu Rohingya Dijangka Masuk Malaysia September Ini

MALAYSIA dijangka berhadapan satu lagi kemasukan pelarian Rohingya melalui laluan laut menjelang September, susulan perubahan tiupan angin monsun yang sering memudahkan perjalanan mereka ke rantau Asia Tenggara. Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat Basir berkata, situasi tersebut bukan sesuatu yang asing kerana ia sudah berulang kali berlaku sejak sekian lama. […]