Categories
Ringkas

Bunuh Dua Beranak Di Juru, Suami Direman Bantu Siasatan

Suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa lelaki berkenaan telah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Sementara itu, mayat dua beranak berkenaan telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tujuan bedah siasat.

Semalam, media melaporkan dua beranak iaitu ibu berusia 51 tahun dan anak perempuan berusia 11 tahun ditemukan maut, dipercayai dibunuh kejam di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, di sini.

Difahamkan mayat wanita itu dijumpai di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan manakala anaknya di tingkat atas.

Azizee berkata mayat dua beranak tersebut ditemukan suami mangsa yang pulang ke rumah kira-kira 7.30 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading