Categories
Ringkas

Konflik Asia Barat: Parlimen Iran Rangka Undang-Undang Tol Maritim Di Selat Hormuz

TEHRAN, 26 Mac – Parlimen Iran sedang merangka undang-undang baharu bagi mengenakan bayaran tol terhadap kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz, lapor agensi berita Fars dan Tasnim.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Parlimen berkata, draf perundangan itu kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan oleh pasukan undang-undang badan perundangan tersebut.

Ahli Parlimen yang tidak dinamakan itu berkata, langkah tersebut bertujuan membolehkan Iran mengutip yuran bagi menjamin keselamatan kapal yang melintasi laluan strategik berkenaan.

“Sama seperti koridor lain, apabila barangan melalui sesebuah negara, duti perlu dibayar; Selat Hormuz juga merupakan sebuah koridor dan kami memastikan keselamatannya,” katanya.

Menurutnya, adalah perkara biasa bagi kapal dan kapal tangki untuk membayar duti memandangkan Iran memikul tanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan itu.

Langkah ini diperkenalkan ketika Iran menuntut pengiktirafan antarabangsa terhadap kuasa kedaulatannya di Selat Hormuz sebagai salah satu syarat utama bagi menamatkan konflik berterusan di Asia Barat.

Selat Hormuz merupakan laluan maritim paling kritikal di dunia dengan hampir satu perlima daripada bekalan petroleum global melaluinya setiap hari.

Penganalisis menjangkakan cadangan itu bakal mencetuskan bantahan daripada komuniti perdagangan antarabangsa serta berisiko meningkatkan lagi kos logistik dan harga tenaga dunia. – Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading