Kategori
Ringkas

“Kawalan Kami Kukuh, Tidak Perlu Pasang Periuk Api Di Selat Hormuz” – Iran

TEHRAN, 25 Mac – Menurut Iran pihaknya mengawal Selat Hormuz “dengan sangat bijak dan berwibawa” dan tidak mempunyai keperluan untuk memasang periuk api di Teluk Parsi, kata jurucakap kanan tentera.

Menurut Agensi Berita Mehr, jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran Brigedier Jeneral Ebrahim Zolfaghar berkata Tehran memegang kawalan di rantau Teluk Parsi dan perairan wilayah Oman, sambil menekankan bahawa ia mengekalkan kuasa penuh ke atas laluan air strategik itu.

“Sehubungan itu, disebabkan oleh penguasaan dan kuasa yang mencukupi, tidak akan ada keperluan untuk meletakkan periuk api di Teluk Parsi, dan kami akan menggunakan sebarang cara yang perlu untuk memastikan keselamatan.

“Angkatan bersenjata, dengan mengekalkan penguasaan ke atas musuh Amerika-Zionis, dengan kerjasama negara serantau, mampu menjamin keselamatan di Teluk Parsi, dan negara luar wilayah tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal ini,” katanya. – BERNAMA

Bernama's avatar

Oleh Bernama

( Verified ☑ ) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun & agensi berita terbaik di Malaysia, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968.

Tinggalkan komen