Categories
Ringkas

Kes Dadah: Malaysia Diberi Akses Siasatan Juruterbang Di Jakarta – Saifuddin Nasution

SUBANG, 13 Ogos – Pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah, bulan lepas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan meskipun masih berada di peringkat awal. […]

Categories
Ringkas

Keluar Dewan: Pembangkang Tak Peduli Amanah Pendeposit Tabung Haji?

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak walkout atau keluar dari Dewan Rakyat, disifatkan lebih kepada strategi bantahan politik berbanding perjuangan hakiki terhadap isu Lembaga Tabung Haji (TH). Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata tindakan meninggalkan gelanggang perbahasan dalam isu sebesar TH, berisiko […]

Categories
Ringkas

Zulkifli Bentang Penerangan RCI Tabung Haji Di Dewan Rakyat Esok

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan akan membentangkan penerangan menteri dalam mesyuarat khas Dewan Rakyat esok, berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). Menerusi video berdurasi 35 saat yang diedarkan kepada media, Zulkifli berkata beliau bersama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir […]

Categories
Ringkas

PRN Melaka: PN Sedia Runding Dengan BN – Ahmad Samsuri

TAIPING, 9 Ogos – Perikatan Nasional (PN) terbuka dan bersedia mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata meskipun belum ada sebarang perbincangan antara kedua-dua gabungan setakat ini, masih terdapat ruang yang luas untuk rundingan diadakan memandangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan […]

Categories
Ringkas

Kerajaan Negeri Selangor Jumpa Pekerja Kilang Panasonic Minggu Depan

SHAH ALAM, 8 Ogos – Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan pekerja yang dijangka terjejas susulan penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen oleh Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd di negeri itu, minggu depan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu akan diadakan oleh Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan […]

Categories
Ringkas

MAG Wajibkan Saringan Dadah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Malaysia Aviation Group (MAG) mewajibkan saringan dadah terhadap kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines serta akan melaksanakan pemeriksaan lebih ketat ke atas semua juruterbang aktif sebagai langkah memperkukuh keselamatan operasi penerbangan. Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd itu memulakan proses saringan terhadap juruterbang di bawah kumpulan penerbangannya, yang dijangka selesai pada 15 […]

Categories
Ringkas

Ahmad Maslan Seru Pemimpin BN, PN Elak Keluar Kenyataan Jejas Kerjasama

ALOR GAJAH, 6 Ogos – Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disaran mengelakkan kenyataan yang boleh mengganggu hubungan antara kedua-dua gabungan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang perbezaan pendapat sepatutnya diselesaikan menerusi perbincangan dan bukannya diperdebatkan secara terbuka. “Kita belum berunding, jangan […]

Categories
Ringkas

PDRM Sedia Tempatkan Anggota Sertai AVSEC Di Lapangan Terbang Negara

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan kesediaan untuk terlibat secara langsung dalam Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) di lapangan terbang negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk memperkemas aspek keselamatan penerbangan secara segera. Menurut beliau, kerjasama antara PDRM, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian […]

Categories
Ringkas

Pemegang Kad UNHCR Masih Dianggap PATI, Tertakluk Kepada Undang-Undang Negara – JIM

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah masih dianggap sebagai pendatang tanpa izin namun dikecualikan daripada pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan memasuki negara tanpa dokumen sah. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan selain pengecualian […]

Categories
Ringkas

Keputusan Lokasi Penganjuran Pesta Pulau Pinang Tiga Minggu Lagi

GEORGE TOWN, 30 Julai – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka membuat keputusan dalam tempoh tiga minggu lagi mengenai lokasi penganjuran Pesta Pulau Pinang untuk diteruskan di lokasi sementara sepanjang tempoh pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Sungai Nibong, di sini. Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata keputusan muktamad itu akan […]