Categories
Ringkas

SIC Ditutup Sementara Bagi Kerja Baik Pulih – Taufiq

SUNGAI PETANI, 25 Ogos – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan ditutup sementara mulai 7 Sept ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih sebelum bermulanya perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain. Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga menyelaraskan gerak kerja supaya proses sebelum dan […]

Categories
Ringkas

Ruang Udara Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Penerbangan Malaysia Airlines Dijadual Semula

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Malaysia Airlines Bhd akan menjadualkan semula penerbangan terpilih yang tiba dan berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan penutupan sementara ruang udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69. Syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan bahawa penutupan ruang udara dalam Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur itu adalah untuk memudah […]

Categories
Ringkas

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Keselamatan Di Selatan Thailand – Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar. Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi […]

Categories
Ringkas

Kerajaan Tidak Akan Ambil Alih Datasonic Technologies – MKN

PUTRAJAYA, 22 Ogos – Kerajaan MADANI tidak bercadang mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), syarikat yang menyediakan sistem identiti nasional serta membekalkan dokumen identiti dan dokumen keselamatan, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN). MKN dalam kenyataan hari ini berkata pendirian itu dibuat susulan laporan media mengenai kemungkinan pengambilalihan syarikat berkenaan. “Berkaitan laporan media mengenai cadangan […]

Categories
Ringkas

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Kolok, 1,560 Biji Epam Dirampas

NARATHIWAT, 21 Ogos – Dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Kolok di sini Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka. Ketua Polis Sungai Kolok Kol. Thun Sirikhunt ketika dihubungi Bernama berkata kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun dari Kelantan itu ditahan kira-kira 10.30 […]

Categories
Ringkas

Isu Tular: JPN Sedia Pelbagai Urusan Dokumentasi Termasuk Kepada Bukan Warganegara

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Kehadiran individu di premis Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak semestinya bermaksud individu itu sedang memohon atau akan diberikan MyKad. JPN dalam hantaran di laman sosialnya memaklumkan pelbagai jenis perkhidmatan pendaftaran dan dokumentasi disediakan jabatan termasuk kepada individu bukan warganegara bergantung kepada jenis urusan dijalankan. “Terdapat pelbagai urusan lain di JPN yang […]

Categories
Ringkas

Polis Nasihat Penganjur Konvoi Sempena Bulan Kebangsaan Patuhi Peraturan

NIBONG TEBAL, 17 Ogos – Polis Pulau Pinang menasihatkan penganjur konvoi sempena Bulan Kebangsaan supaya memaklumkan aktiviti kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan pandangan polis serta memastikan semua peraturan lalu lintas dipatuhi demi keselamatan pengguna jalan raya. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim berkata pihaknya tidak menghalang aktiviti konvoi, namun peserta perlu mengelakkan tindakan berbahaya […]

Categories
Ringkas

PM Umum Peruntukan Tambahan RM1 Juta Kepada Setiap Parlimen

MELAKA, 16 Ogos – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara yang akan disalurkan secara terus untuk memastikan keperluan dan bantuan mendesak rakyat dapat dilaksanakan segera. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membolehkan keperluan rakyat, khususnya membabitkan kebajikan, kemudahan asas dan masalah setempat ditangani dengan lebih […]

Categories
Ringkas

AUKU Akan Dimansuhkan, Beri Kebebasan, Demokrasi Lebih Luas Kepada Mahasiswa – PM Anwar

MELAKA, 15 Ogos – Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan yang dikemukakan kepimpinan mahasiswa, yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan. […]

Categories
Ringkas

Tambang LRT3 Laluan Shah Alam Mula Berkuat Kuasa Esok

SHAH ALAM, 14 Ogos – Penumpang Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam akan dikenakan tambang mulai esok selepas menikmati perkhidmatan percuma selama enam minggu. Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bermula pada tarikh itu juga, tambang akan dikenakan bagi perkhidmatan bas perantara dan kemudahan Park N’ Ride. “Pelaksanaan perkhidmatan berbayar ini menandakan […]