Categories
Ringkas

Kerajaan Negeri Selangor Jumpa Pekerja Kilang Panasonic Minggu Depan

SHAH ALAM, 8 Ogos – Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan pekerja yang dijangka terjejas susulan penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen oleh Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd di negeri itu, minggu depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu akan diadakan oleh Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor V. Papparaidu dan wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

“Minggu depan, Yang Berhormat Papparaidu akan berjumpa dengan kumpulan terbabit untuk mencari dan menawarkan sokongan yang diperlukan terutamanya di saat kemungkinan kilang mereka ditutup.

“… langkah intervensi awal seperti bantuan bakul makanan itu sudah semestinya kita akan buat tetapi juga (membantu) mencarikan pekerjaan untuk mereka supaya mereka boleh menyambung kehidupan yang telah dibina bertahun-tahun di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Mega Jobcare Selangor 2026 di sini hari ini.

Sebelum ini, Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) menerusi kenyataan semalam mengumumkan penutupan operasi pengeluaran dua produk yang akan memberi kesan kepada 400 pekerja menjelang akhir Mac tahun depan. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading