Categories
Ringkas

Ahmad Maslan Seru Pemimpin BN, PN Elak Keluar Kenyataan Jejas Kerjasama

ALOR GAJAH, 6 Ogos – Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disaran mengelakkan kenyataan yang boleh mengganggu hubungan antara kedua-dua gabungan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang perbezaan pendapat sepatutnya diselesaikan menerusi perbincangan dan bukannya diperdebatkan secara terbuka.

“Kita belum berunding, jangan terbawa-bawa dengan kenyataan (emosi) begitu, bertepuk tanganlah Pakatan Harapan (PH) dengar.

“Jangan buat kenyataan tanpa perundingan, sabar dulu. Bila pilihan raya? Mungkin bulan 10, mungkin bulan 11. Ini baru bulan 8, jangan bergaduh awal-awal lagi,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah, hari ini.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Khali.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berpandangan kerjasama yang terjalin antara BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan wajar dijadikan asas untuk meneruskan persefahaman melalui rundingan. – Farhana Yaacob / Harian Metro

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading