Kategori
Ringkas

Ibu Bapa Digalak Hadir Ambil BAP Bagi Elak Salah Guna Bantuan

PUTRAJAYA, 12 Jan – Kehadiran ibu bapa semasa pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) penting bagi memastikan mereka peka dengan prosesnya dan jumlah yang diterima adalah tepat, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan, Datuk Ahmad Suhaimi Endut. “Kita kalau boleh (hendak) melibatkan semua ibu bapa supaya mereka prihatin (dengan) apa yang berlaku di sekolah dan […]

Kategori
Ringkas

Republikan AS Tolak Cadangan Tindakan Ketenteraan Terhadap Greenland

WASHINGTON, 8 Jan – Beberapa anggota Republikan di Kongres Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kritikan terhadap sebarang kemungkinan tindakan ketenteraan untuk mengilhak Greenland, sekali gus menyanggah kenyataan Presiden Donald Trump yang mendakwa AS memerlukan pulau Artik itu demi keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Senator Utah John Curtis menulis di X pada Rabu bahawa walaupun […]

Kategori
Ringkas

Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Tiba Di Mahkamah Majistret Putrajaya Bagi Urusan Reman

PUTRAJAYA, 8 Jan – Seorang bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret di sini bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM). Mereka tiba di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan menaiki sebuah van dan kereta milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada […]

Kategori
Ringkas

Kuota BUDI95 Tidak Akan Dikurangkan Ikut Kelas Pendapatan – KSU Perbendaharaan

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Kerajaan tidak akan membebankan rakyat dengan mengurangkan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan bagi mengelakkan tekanan tambahan terhadap perbelanjaan isi rumah. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata keutamaan kerajaan ketika ini ialah menganalisis data yang dikumpul sejak pelaksanaan program BUDI95 bagi menilai keberkesanannya. “Kita perlu menganalisis […]

Kategori
Ringkas Ekspres

RM15 Juta Untuk Dapur Siswa, Pastikan Tiada Mahasiswa ‘Ikat Perut’

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Inisiatif Dapur Siswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diharap dapat memastikan tiada mahasiswa, khususnya golongan kurang berkemampuan, terpaksa “mengikat perut” akibat tekanan kewangan. Peruntukan RM15 juta bagi program itu dilihat sebagai bukti keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap pelbagai aspek kehidupan rakyat, termasuk kesukaran yang dialami sebahagian mahasiswa di Institusi Pengajian […]

Kategori
Ringkas

Harga Minyak Ditutup Tinggi Di Tengah-Tengah Kejutan Di Venezuela

NEW YORK, 6 Jan – Harga minyak meningkat pada Isnin apabila pasaran mempertimbangkan kesan kejutan geopolitik susulan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela berbanding kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan global, lapor Xinhua. Minyak West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari meningkat satu dolar AS atau 1.74 peratus, untuk ditutup pada 58.32 dolar setong di di […]

Kategori
Ringkas

Pelajar UniSZA Maut Kereta Dirempuh

KUALA TERENGGANU, 5 Jan – Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh kenderaan lain di lampu isyarat berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata dalam kemalangan yang berlaku pada 1.55 tengah hari itu, Syakirah […]

Kategori
Ringkas

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Hentikan Jualan Vape Di Perak

IPOH, 5 Jan – Kerajaan Negeri Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik, atau vape, untuk menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan lesen menjual produk itu di negeri berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan berkata tempoh itu diberikan sebagai langkah peralihan […]

Kategori
Ringkas

RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU itu antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini. “Semua jawatan mempunyai had […]

Kategori
Ringkas

Pulau Pinang Laksana Perintah Khidmat Masyarakat Bermula 1 Julai 2026

BUKIT MERTAJAM, 2 Jan – Pulau Pinang bersetuju untuk menguatkuasakan Perintah Khidmat Masyarakat bagi pesalah membuang sampah kecil di tempat awam bermula 1 Julai 2026, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H’ng Mooi Lye. Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri pada 17 Dis meluluskan cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan […]