Kategori
Ringkas

Suspek Tembak Kereta Komander AKPS Telah Ditahan

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Suspek yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses soal siasat terhadap suspek sedang dilakukan ketika ini. “Ini merupakan satu insiden […]

Kategori
Ringkas

Jangan Tiru Perbuatan Hina Ramadan Di Media Sosial – Zulkifli

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan mengingatkan umat Islam supaya tidak meniru perbuatan seorang wanita yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan minum secara terbuka menerusi siaran langsung di akaun TikTok miliknya. Beliau berkata Jabatan Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mempergiat usaha mendidik dan […]

Kategori
Ringkas

SPRM Sangkal Dakwaan Wujud ‘Mafia Korporat’, Sifatkan Cubaan Cemar Kredibiliti Siasatan

PUTRAJAYA, 24 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan mengaitkan kewujudan “Mafia Korporat” dengan suruhanjaya itu serta menyifatkan ia sebagai cubaan mencemarkan kredibiliti siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak tertentu dalam sektor korporat. SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tuduhan itu tidak berasas dan dipercayai berpunca daripada sebuah blog dalam talian tanpa identiti […]

Kategori
Ringkas

Lelaki Putus Kaki Akibat Mercun, Polis Kesan Penjual Tidak Sah

JOHOR BAHRU, 20 Feb – Polis Johor sedang mengesan penjual mercun dan bunga api yang dipercayai menjual bahan terlarang hingga mengakibatkan seorang lelaki putus kaki kiri ketika bermain mercun di hadapan rumahnya di Segamat, Selasa lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati bunga api digunakan mangsa adalah dalam kategori tidak […]

Kategori
Ringkas

Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 13 Feb – Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan sementara pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azmi Ariffin, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membenarkan permohonan […]

Kategori
Ringkas

Pesalah Buang Sampah Jalani Perintah Khidmat Masyarakat Serentak 13 Feb Ini – Nga

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Semua pesalah yang disabitkan oleh mahkamah bagi kesalahan membuang sampah akan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat secara serentak pada 13 Feb ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Beliau berkata pesalah akan menjalani hukuman itu dengan membersihkan longkang, menyapu jalan dan mencuci tandas awam mengikut sabitan mahkamah. Nga […]

Kategori
Ringkas

Melaka Umum Cuti Khas Kepada Penjawat Awam Pada 1 Ramadan

MELAKA, 19 Jan – Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan cuti khas kepada semua penjawat awam negeri dan Persekutuan di negeri itu pada 1 Ramadan ini, yang dijangka jatuh pada 19 Feb. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bagi menghargai khidmat lelah semua penjawat awam di Melaka yang bertungkus lumus melaksanakan pelbagai program pada tahun […]

Kategori
Ringkas

Kementerian Teliti Semula Keputusan Berkaitan Jumlah Pengguna Media Sosial – Fahmi

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran untuk menyemak semula penetapan jumlah pengguna bagi setiap platform media sosial di Malaysia yang dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)]. Bermula 1 Jan lepas, semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di Malaysia […]

Kategori
Ringkas

Reman Bekas Panglima TDM Tidak Dilanjut, Seorang Lagi Pegawai Tinggi ATM Ditahan – KP SPRM

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah melibatkan pasukan beruniform itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pegawai berkenaan ditahan pada 11 pagi dan kini sedang disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan. Beliau […]

Kategori
Ringkas

252 Sekolah Di Perak Kurang Murid – Pengarah Pendidikan Negeri

KUALA KANGSAR, 12 Jan – Sebanyak 252 sekolah di Perak diklasifikasi sebagai sekolah kurang murid (SKM) pada tahun ini iaitu kurang daripada 150 pelajar, kata Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar. Beliau berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar antara yang paling tertinggi jumlah SKM iaitu 33 sekolah diikuti PPD Bagan Datuk (32) dan PPD […]