Kategori
Ringkas

KKM Nafi Klinik Kesihatan Tidak Lagi Terima Pesakit ‘Walk-in’

PUTRAJAYA, 1 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau jumpa terus, seperti yang tular di media sosial. KKM memaklumkan walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. […]

Kategori
Ringkas

Jenazah Bung Moktar Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas

KOTA KINABALU, 5 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang. Hujan gerimis turun sejurus selesai pengebumian tokoh politik yang banyak berjasa kepada rakyat Sabah itu. Terdahulu, van membawa jenazah […]

Kategori
Ringkas

Tiga Menteri Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Senator Dewan Negara Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Tiga menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah. Mereka ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Kategori
Ringkas

AGC Arah Kes Kematian Kadet PALAPES Diklasifikasi Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian ahli kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendengar taklimat mengenai hasil laporan siasatan yang dibuka PDRM berhubung […]

Kategori
Ringkas

Insiden Sungai Golok: Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand – Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU, 3 Nov – Suspek kes tembak maut seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu lepas, yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan, telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya dimaklumkan secara tidak rasmi tentang penyerahan diri suspek berumur 31 […]

Kategori
Ringkas

Berang Sejuta ‘Point’ Permainan Roblox Hilang, Abang Disyaki Kelar Adik Di Parit Raja

JOHOR BAHRU, 29 Okt – Polis tidak menolak kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat kelmarin, telah dicederakan oleh abangnya sendiri berusia sembilan tahun akibat pengaruh permainan video dalam talian. Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati […]

Kategori
Ringkas

Kerajaan Cadang Segerakan Pembinaan Tembok Konkrit Sempadan Malaysia-Thailand

Kerajaan bercadang untuk menyegerakan pembinaan tembok konkrit baharu di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi meningkatkan kecekapan kawalan sempadan dan menjamin keselamatan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata pembinaan itu, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti dari jajaran Chuping hingga ke Padang Besar, Perlis bagi menggantikan pagar kawat berduri […]

Kategori
Ringkas

‘Desakan Letak Jawatan Isyarat Untuk Saya Lakukan Lebih Baik’ – Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan desakan supaya beliau melepaskan jawatan sebenarnya merupakan satu panggilan untuk beliau melakukan yang lebih baik demi masa depan murid serta keseluruhan ekosistem pendidikan negara. Beliau berkata gesaan sedemikian susulan beberapa insiden besar yang berlaku di sekolah sejak kebelakangan ini, menjadi mesej jelas bahawa kementeriannya perlu memperkukuh dasar serta menangani isu […]

Kategori
Ringkas

Putin Tidak Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, Diwakili Timbalan PM Rusia – Anwar

Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata Putin akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak. “Presiden Putin mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir. Beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun […]

Kategori
Ringkas

MCMC Cadang Hadkan Pemilikan Dua Kad Sim Bagi Setiap Pengguna – Teo

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan rundingan awam bagi garis panduan pendaftaran kad SIM prabayar yang mencadangkan agar warganegara Malaysia hanya dibenarkan memiliki dua nombor sahaja bagi setiap syarikat telekomunikasi. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kajian itu turut melibatkan cadangan membenarkan warga asing hanya memiliki dua nombor prabayar tanpa mengambil kira […]