Categories
Ringkas

Harga Minyak Ditutup Tinggi Di Tengah-Tengah Kejutan Di Venezuela

NEW YORK, 6 Jan – Harga minyak meningkat pada Isnin apabila pasaran mempertimbangkan kesan kejutan geopolitik susulan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela berbanding kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan global, lapor Xinhua.

Minyak West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari meningkat satu dolar AS atau 1.74 peratus, untuk ditutup pada 58.32 dolar setong di di Bursa Komoditi New York. Minyak mentah Brent bagi penghantaran Mac pula meningkat 1.01 dolar atau 1.66 peratus, untuk ditutup pada 61.76 dolar setong di Bursa Niaga Hadapan ICE London.

Peserta pasaran sedang memantau rapi kesan daripada serangan AS dan penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro.

“Peristiwa ini telah meningkatkan risiko geopolitik,” kata peniaga tenaga kanan di CIBC Private Wealth Group, Rebecca Babin, sambil menyatakan bahawa ketidaktentuan yang memuncak itu menyokong lonjakan harga pada Isnin. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading