Categories
Berita

Polis Sudah Rakam Keterangan Aktivis Sebar Berita Palsu Dakwa Pelajar Maut Selepas Divaksin

IPOH, 4 Okt – Polis Perak telah mengambil keterangan seorang aktivis wanita yang mendakwa kononnya kematian dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai seperti yang tular tempoh hari, berpunca daripada suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan aktivis wanita berusia 39 tahun itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Ahad.

Menurutnya, ketika rakaman percakapan diambil, wanita terbabit mengaku membuat kenyataan sebagaimana dalam video tular itu dalam satu majlis di Putrajaya pada 28 September. Pihaknya turut merakam percakapan Pengarah Kesihatan Daerah Ulu Kinta, pengetua serta pegawai perubatan yang merawat pelajar tersebut.

Selain itu, beliau berkata, keluarga pelajar terbabit serta beberapa saksi lain yang berada di tempat kejadian ketika wanita terbabit membuat kenyataan sebagaimana dalam video tular itu turut dirakamkan percakapan.

“Siasatan kes akan disegerakan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya.

“Mungkin kita akan mencadangkan untuk pertuduhan ke atas suspek. Suspek juga mengaku ada membuat kenyataan seperti mana dalam video tular berkenaan yang mana sangat jelas kenyataan itu tidak benar.

“Kenyataan suspek dibimbangi mencetuskan ketakutan dalam kalangan penerima vaksin sedangkan kenyataan itu langsung tidak tepat memandangkan dua pelajar terbabit meninggal dunia sebelum divaksin,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael sempena hari pertama sesi pembukaan semula sekolah, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kertas siasatan kes itu telahpun dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 505 (B) kanun sama kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading