Categories
Ringkas

Isu Tular: JPN Sedia Pelbagai Urusan Dokumentasi Termasuk Kepada Bukan Warganegara

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Kehadiran individu di premis Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak semestinya bermaksud individu itu sedang memohon atau akan diberikan MyKad. JPN dalam hantaran di laman sosialnya memaklumkan pelbagai jenis perkhidmatan pendaftaran dan dokumentasi disediakan jabatan termasuk kepada individu bukan warganegara bergantung kepada jenis urusan dijalankan. “Terdapat pelbagai urusan lain di JPN yang […]

Categories
Ringkas

Polis Nasihat Penganjur Konvoi Sempena Bulan Kebangsaan Patuhi Peraturan

NIBONG TEBAL, 17 Ogos – Polis Pulau Pinang menasihatkan penganjur konvoi sempena Bulan Kebangsaan supaya memaklumkan aktiviti kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan pandangan polis serta memastikan semua peraturan lalu lintas dipatuhi demi keselamatan pengguna jalan raya. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim berkata pihaknya tidak menghalang aktiviti konvoi, namun peserta perlu mengelakkan tindakan berbahaya […]

Categories
Ringkas

PM Umum Peruntukan Tambahan RM1 Juta Kepada Setiap Parlimen

MELAKA, 16 Ogos – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara yang akan disalurkan secara terus untuk memastikan keperluan dan bantuan mendesak rakyat dapat dilaksanakan segera. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membolehkan keperluan rakyat, khususnya membabitkan kebajikan, kemudahan asas dan masalah setempat ditangani dengan lebih […]

Categories
Ringkas

AUKU Akan Dimansuhkan, Beri Kebebasan, Demokrasi Lebih Luas Kepada Mahasiswa – PM Anwar

MELAKA, 15 Ogos – Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan yang dikemukakan kepimpinan mahasiswa, yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan. […]

Categories
Ringkas

Tambang LRT3 Laluan Shah Alam Mula Berkuat Kuasa Esok

SHAH ALAM, 14 Ogos – Penumpang Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam akan dikenakan tambang mulai esok selepas menikmati perkhidmatan percuma selama enam minggu. Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bermula pada tarikh itu juga, tambang akan dikenakan bagi perkhidmatan bas perantara dan kemudahan Park N’ Ride. “Pelaksanaan perkhidmatan berbayar ini menandakan […]

Categories
Ringkas

Kes Dadah: Malaysia Diberi Akses Siasatan Juruterbang Di Jakarta – Saifuddin Nasution

SUBANG, 13 Ogos – Pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah, bulan lepas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan meskipun masih berada di peringkat awal. […]

Categories
Ringkas

Keluar Dewan: Pembangkang Tak Peduli Amanah Pendeposit Tabung Haji?

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak walkout atau keluar dari Dewan Rakyat, disifatkan lebih kepada strategi bantahan politik berbanding perjuangan hakiki terhadap isu Lembaga Tabung Haji (TH). Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata tindakan meninggalkan gelanggang perbahasan dalam isu sebesar TH, berisiko […]

Categories
Ringkas

Zulkifli Bentang Penerangan RCI Tabung Haji Di Dewan Rakyat Esok

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan akan membentangkan penerangan menteri dalam mesyuarat khas Dewan Rakyat esok, berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). Menerusi video berdurasi 35 saat yang diedarkan kepada media, Zulkifli berkata beliau bersama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir […]

Categories
Ringkas

PRN Melaka: PN Sedia Runding Dengan BN – Ahmad Samsuri

TAIPING, 9 Ogos – Perikatan Nasional (PN) terbuka dan bersedia mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata meskipun belum ada sebarang perbincangan antara kedua-dua gabungan setakat ini, masih terdapat ruang yang luas untuk rundingan diadakan memandangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan […]

Categories
Ringkas

Kerajaan Negeri Selangor Jumpa Pekerja Kilang Panasonic Minggu Depan

SHAH ALAM, 8 Ogos – Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan pekerja yang dijangka terjejas susulan penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen oleh Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd di negeri itu, minggu depan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu akan diadakan oleh Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan […]