Kategori
Berita

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Melaka Terus Menurun

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka terus menunjukkan penurunan setakat pagi Rabu. Di JOHOR, jumlah mangsa mencatatkan 1,227 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,154 orang petang semalam, dengan 26 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, empat daerah masih […]

Kategori
Berita

Mangsa Banjir Di Johor, Melaka, Pahang Terus Menurun

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Situasi banjir di tiga negeri yang terjejas iaitu Johor, Melaka dan Pahang bertambah baik sekali gus merekodkan penurunan jumlah mangsa setakat petang ini. Di JOHOR, keadaan banjir semakin surut dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 2,935 orang setakat 4 petang ini berbanding 3,161 orang, pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan […]

Kategori
Berita

Senarai Sekolah Tidak Dapat Dibuka Akibat Banjir Dikemas Kini Setiap Rabu – Radzi

KLANG, 10 Jan – Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu, bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya jika sudah bersedia, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. “Setiap Rabu kita akan mengemas kini senarai tersebut, apabila sekolah itu keluar daripada senarai, maknanya pada […]

Kategori
Berita

Mangsa Banjir Di Johor, Melaka Semakin Berkurangan, Pahang Kekal

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Keadaan banjir di Melaka dan Johor semakin pulih apabila mangsa banjir di dua negeri berkenaan menurun pada pagi Isnin manakala Pahang tidak berubah. Di Johor, jumlah mangsa banjir terus susut kepada 3,161 orang daripada 913 keluarga setakat jam 8 pagi berbanding 3,441 individu, petang Ahad. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam […]

Kategori
Berita

Peniaga Rugi Lebih RM8,000 Akibat Dua Kali Banjir Di Yan

YAN, 21 Okt – Seorang peniaga kedai runcit serta pengusaha kedai alat ganti dan servis motosikal di sini kerugian lebih RM8,000 akibat kejadian banjir semalam dan Ogos lepas. Tinjauan Bernama hari ini mendapati premis mereka dipenuhi lumpur selepas air surut dengan terdapat sejumlah barangan perniagaan rosak. Pemilik kedai runcit, Abdullah Samsudin, 61, berkata kesan banjir kilat semalam […]

Kategori
Berita

Jenazah Mohd Diya Selamat Dikebumi

MELAKA, 21 Okt – Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46, anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid An-Nur, Kampung Krubong, sebentar tadi. Jenazah Allayarham tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 11.20 […]

Kategori
Berita

Anggota Bomba Lemas Semasa Operasi Menyelamat Semalam, Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Pulat, Melaka semalam, dilapor meninggal dunia pada jam 3.11 pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, mangsa Mohd Diya Che Jusoh, 46, meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. “Warga JBPM Melaka […]

Kategori
Berita

Anggota Bomba Pengsan Semasa Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

MELAKA, 20 Okt – Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah tidak sedarkan din selepas rebah ke dalam ait banjir semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putal, Ayer Keroh, pada kira-kira 5.30 petang tadi. Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya Che Jusoh, 46, dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi […]

Kategori
Berita

Tragedi Remaja Lemas Bantu Mangsa Banjir: Ibu Hairan Arwah Sempat Makan ‘Nasi Dingin’

KUALA KRAI, 7 Jan – Mohammad Hakimin Mohd Rahim sempat menjamah ‘nasi dingin’ (nasi semalaman) tengah hari semalam kerana mengejar masa bagi membantu penduduk kampung yang terjejas ekoran banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut Ibunya, Norazila Mohamad, 46, beliau berasa hairan kerana anak ketiganya itu selama ini hanya makan nasi panas dan tiada […]