Kategori
Berita

Murid Sekolah Rendah Dibenar Lakukan Ujian Saringan COVID-19 Di Rumah – Radzi Jidin

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Murid sekolah rendah akan dibenarkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah bermula minggu ini, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM), para murid yang dipilih kemudiannya perlu mengemukakan hasil ujian saringan berkenaan kepada pihak sekolah. “Kit ujian akan disediakan oleh […]

Kategori
Berita

Senarai Sekolah Tidak Dapat Dibuka Akibat Banjir Dikemas Kini Setiap Rabu – Radzi

KLANG, 10 Jan – Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu, bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya jika sudah bersedia, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. “Setiap Rabu kita akan mengemas kini senarai tersebut, apabila sekolah itu keluar daripada senarai, maknanya pada […]

Kategori
Berita

Purata Murid Ke Sekolah Lebih 85 Peratus Sejak 3 Oktober

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Purata trend kehadiran murid ke sekolah melebihi 85 peratus semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka bagi tempoh 3 Oktober hingga semalam, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata perkara itu menunjukkan pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid selain membolehkan […]

Kategori
Berita

Sekolah Memerlukan Pemimpin Berdaya Tahan – Radzi

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Sekolah memerlukan pemimpin berdaya tahan yang boleh bersikap fleksibel, adaptif dan inovatif dalam menghadapi cabaran untuk memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Oleh itu katanya, satu daripada cabaran yang menguji kecekalan pemimpin berdaya tahan semasa pandemik COVID-19 ialah pelaksanaan pembelajaran jarak jauh […]

Kategori
Berita

Semua Sekolah Di Negeri Fasa Empat PPN Perlu Bersedia Sepenuhnya Sebelum Dibuka – Radzi Jidin

ALOR SETAR, 26 Sept – Semua sekolah di negeri Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu membuat persediaan rapi sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, antara yang perlu diberi perhatian pihak sekolah adalah sistem pengudaraan yang baik bagi mengurangkan sebarang risiko penularan jangkitan COVID-19 […]

Kategori
Berita

Kaedah Penggiliran Sekolah Untuk Kembalikan Semangat Murid – Radzi

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bertujuan untuk mengembalikan semangat murid. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, ia susulan negara yang mengalami tempoh sukar sejak 2020 yang menyebabkan sekolah ditutup untuk tempoh yang lama. “Kita sedar dalam konteks pembukaan sekolah pada Mac tahun […]

Kategori
Berita

Masih Ada Anggap Semua Sekolah Dibuka Pada 3 Oktober – Radzi Jidin

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menjelaskan bahawa pembukaan sekolah di seluruh negara adalah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata jika negeri itu berada dalam Fasa Satu PPN maka tidak ada sekolah yang dibuka di negeri terbabit. Beliau menjelaskan perkara itu kerana […]

Kategori
Berita

KPM Wujudkan Persekitaran Sekolah Selamat Walau Pelajar Belum Divaksin Sepenuhnya

PUTRAJAYA, 12 Sept – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan persekitaran yang ada selamat untuk murid kembali semula ke sekolah secara berperingkat dengan kaedah penggiliran bermula 3 Oktober ini. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata walaupun semua pelajar di seluruh negara masih belum menerima suntikan vaksinasi COVID-19 sepenuhnya, kementerian akan memastikan semua ekosistem di […]

Kategori
Berita

2,500 Guru Enggan Divaksin Tidak Dibenarkan Mengajar Secara Bersemuka – Radzi

KANGAR, 3 Sept – Guru-guru yang enggan atau masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak dibenarkam terlibat dalam sesi pengajaran serta berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar di dalam kelas. Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan itu dibuat bertujuan untuk memastikan sesi persekolahan selamat bagi pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah menjelang […]