Kategori
Ringkas

Jenazah Bung Moktar Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas

KOTA KINABALU, 5 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang. Hujan gerimis turun sejurus selesai pengebumian tokoh politik yang banyak berjasa kepada rakyat Sabah itu. Terdahulu, van membawa jenazah […]

Kategori
Berita

Jenazah Mohd Diya Selamat Dikebumi

MELAKA, 21 Okt – Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46, anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid An-Nur, Kampung Krubong, sebentar tadi. Jenazah Allayarham tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 11.20 […]

Kategori
Berita

Anggota Bomba Lemas Semasa Operasi Menyelamat Semalam, Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Pulat, Melaka semalam, dilapor meninggal dunia pada jam 3.11 pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, mangsa Mohd Diya Che Jusoh, 46, meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. “Warga JBPM Melaka […]

Kategori
Berita

Dakwaan Tiga Remaja Di Perak, Sabah Meninggal Akibat Vaksin COVID-19 Tidak Benar

IPOH, 29 Sept – Dakwaan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 menerusi rakaman video yang tular adalah tidak benar. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata semakan mendapati dua pelajar sekolah berkenaan dilaporkan meninggal dunia sebelum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula pada […]