Categories
Berita

Anggota Bomba Lemas Semasa Operasi Menyelamat Semalam, Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Pulat, Melaka semalam, dilapor meninggal dunia pada jam 3.11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, mangsa Mohd Diya Che Jusoh, 46, meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, seorang anggota bomba dilaporkan nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, anggota berkenaan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, anggota berkenaan tersangkut dalam aliran deras air banjir sebelum kira-kira lapan orang anggota bomba bersama 10 penduduk kampung yang lain cuba menyelamatkannya. – ASTRO AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading