Categories
Berita

Jenazah Mohd Diya Selamat Dikebumi

MELAKA, 21 Okt – Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46, anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid An-Nur, Kampung Krubong, sebentar tadi.

Jenazah Allayarham tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 11.20 pagi selepas disembahyangkan dan pengebumian yang ringkas dalam suasana norma baharu itu selesai kira-kira jam 11.50 pagi, dengan dihadiri ahli keluarga termasuk isteri, Noraida Che Nor, serta rakan-rakan setugas.

Urusan pengebumian jenazah Allahyarham dilaksanakan dengan istiadat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dihadiri kira-kira 200 anggota serta penduduk kampung bagi memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Pengarah Bahagian Operasi JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad dan Pengarah JBPM Melaka Abu Bakar Katain.

Terdahulu, kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, Mohd Diya dipercayai lemas ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melaka dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading