Categories
Berita

Anggota Bomba Pengsan Semasa Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

MELAKA, 20 Okt – Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah tidak sedarkan din selepas rebah ke dalam ait banjir semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putal, Ayer Keroh, pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya Che Jusoh, 46, dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelamatkan mangsa ke tempat selamat.

Pengarah JBPM Melaka Penolong Pesurujaya Abu Bakar Katain mengesahkan kejadian tersebut dan Mohd Diya kini sedang dirawat di Hospital Melaka.

“Buat masa ini beliau masih tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dengan menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan kecemasan (EMAS) BBP Melaka Tengah,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading