Categories
Ringkas

Kualiti Udara Tidak Sihat Di New York Menjelang Final Piala Dunia

ATLANTA, 16 Julai – Kerajaan New York mengeluarkan amaran pada Rabu mengenai “keadaan udara tidak sihat” di seluruh negeri itu menjelang perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Argentina pada Ahad, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perlawanan akan berlangsung di East Rutherford, terletak di luar New York City.

Keadaan itu disebabkan oleh asap daripada kebakaran hutan Kanada dan suhu tinggi di rantau ini.

Dalam satu kenyataan, kerajaan meminta rakyat untuk “mengelak menghabiskan masa di luar rumah jika boleh,” manakala “kumpulan sensitif harus mengambil langkah berhati-hati.

Ia menambah kerajaan menyediakan lebih 100,000 topeng pelindung kepada daerah yang memerlukan untuk menangani kesan kualiti udara.

“Dengan asap daripada kebakaran hutan Kanada sekali lagi menjejaskan kualiti udara di seluruh negeri kami, kami menggesa warga New York untuk mengambil tahu tentang kualiti udara dan berwaspada minggu ini,” kata Gabenor Kathy Hochul.

Tidak jelas sama ada situasi itu boleh memberikan kesan kepada perlawanan akhir Piala Dunia.

Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan amaran “kod merah” kerana gelombang haba dan suhu boleh meningkat sehingga 40 darjah Celsius. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading