Kategori
Berita

KKM Kaji Penggunaan Ubat-ubatan Lain Rawat Pesakit COVID-19 – Dr Hishamshah

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk merawat pesakit COVID-19, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Hishamshah Mohd Ibrahim. Bercakap pada sesi dialog Sidang Kemuncak Pemulihan Negara hari ini, Dr Hishamshah berkata ubat-ubatan itu akan menjadi sebahagian daripada kumpulan ubat yang kini digunakan […]

Kategori
Berita

Institut Latihan Memandu Dibenar Beroperasi Khamis Ini – Wee

PUTRAJAYA, 7 Sept – Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi mulai Khamis ini (9 Sept) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini. Beliau berkata walaupun ILP dibenarkan beroperasi pada tarikh itu, proses pengujian untuk mendapatkan lesen memandu […]

Kategori
Berita

Kerajaan Umum Kelonggaran SOP Fasa 1 PPN Bagi Industri Kreatif, Aktiviti Panggung Wayang Antara Yang Dibenarkan

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula 9 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran yang diberi itu dijangka akan memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif. Menurutnya, persetujuan untuk memberi kelonggaran itu adalah […]

Kategori
Berita

Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Pelajar Sekolah Dimuktamad Khamis Ini – Khairy

SEMPORNA, 7 Sept – Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan pada satu mesyuarat penyelarasan melibatkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Khamis ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebaik keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya. “Saya ada mesyuarat dengan pengurusan […]

Kategori
Berita

Azizulhasni Kini Bergelar Pensyarah UPSI

TANJUNG MALIM, 6 Sept – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang ditawarkan jawatan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Surat tawaran jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53 itu diserahkan sendiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu dalam satu majlis ringkas di Kampus […]

Kategori
Berita

Pemandu Lori Rempuh Lima Buah Kenderaan Didapati Positif Dadah

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pemandu lori yang merempuh lima buah kenderaan dalam sebuah kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur petang tadi didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu dipercayai berlaku […]

Kategori
Berita

Jangan Mansuh Cuti Tahunan Petugas Barisan Hadapan Yang Tidak Dihabiskan – Cuepacs

KOTA BHARU, 5 Sept – Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya tidak memansuhkan cuti tahunan 180,000 petugas barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan penuh ketika pandemik COVID-19. Presidennya Adnan Mat berkata, sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac tahun lalu, cuti tahunan ini didapati tidak dapat dihabiskan dalam usaha mereka memastikan […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Bawah 18 Tahun Di Sarawak Dijangka Bermula Rabu Ini

KUCHING, 5 Sept – Vaksinasi COVID-19 bagi remaja berusia bawah 18 tahun di Sarawak dijangka bermula Rabu ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketika ini negeri itu di peringkat akhir melaksanakan persiapan untuk melaksanakan vaksinasi kumpulan berkenaan. Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memberitahu, mereka sedang membuat […]

Kategori
Berita

Harga Siling Baharu Kit Ujian RTK Antigen Bakal Diumum Kerajaan Hujung Tahun Ini – Nanta Linggi

KUCHING, 5 Sept – Kerajaan dijangka akan mengumumkan harga siling baharu kit ujian RTK Antigen menjelang akhir tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walaubagaimanapun pihaknya masih belum menentukan harga baharu yang bersesuaian dengan kit ujian itu. Menurutnya, harga baharu yang lebih murah daripada harga semasa […]

Kategori
Berita

Remaja Bawah 18 Tahun Mula Divaksin Minggu Depan, Didahului Dengan Sarawak – Khairy

PUTRAJAYA, 4 Sept – Remaja berusia 18 tahun ke bawah akan mula menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula minggu hadapan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata, inisiatif itu akan dimulakan di Sarawak kerana kadar pemberian vaksin di negeri itu kini sudah mencapai sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya divaksin. “Kita akan mulakan dengan remaja di Sarawak memandangkan […]