Categories
Berita

Harga Siling Baharu Kit Ujian RTK Antigen Bakal Diumum Kerajaan Hujung Tahun Ini – Nanta Linggi

KUCHING, 5 Sept – Kerajaan dijangka akan mengumumkan harga siling baharu kit ujian RTK Antigen menjelang akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walaubagaimanapun pihaknya masih belum menentukan harga baharu yang bersesuaian dengan kit ujian itu.

Menurutnya, harga baharu yang lebih murah daripada harga semasa itu bertujuan untuk meringankan beban rakyat selain tidak meminggirkan sama ada peniaga ataupun pemborong.

“Hujung tahun ini kita akan turunkan lagi harga. Ini bukan tergesa-gesa kita beritahu awal, hari ini. Ini bukan pengumuman baharu sebab semalam Menteri Kesihatan ada mengumumkan usaha kerajaan untuk menurunkan lagi harga kit ujian supaya lebih mampu dimiliki orang ramai kerana ianya sudah menjadi keperluan,” katanya dalam sidang media selepas melawat farmasi di sebuah raya di Kuching pada Ahad.

Tambah beliau, penjualan kit ujian itu turut akan diperluaskan penjualannya di kedai-kedai lain selain farmasi bagi memudahkan akses memandangkan ia merupakan satu keperluan ketika ini.

“Tempat jualan akan diperluaskan sebab syarat undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dalam komuniti farmasi sahaja jadi belum ada di kedai lain tapi kenyataan daripada Menteri KKM, akan dibenarkan juga di kedai lain pasar raya agar ianya tidak terhad kepada farmasi supaya ia boleh didapati dengan mudah,” katanya. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading