Kategori
Berita

Imam, Bilal Enggan Divaksin Akan Diberi Kaunseling – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU, 4 Sept – Kumpulan imam dan bilal yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam masa terdekat untuk menjalani sesi kaunseling. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sesi kaunseling itu bagi menjelaskan tentang kepentingan pengambilan vaksin serta memberi penerangan kepada […]

Kategori
Berita

Muhyiddin Dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri – KSN

PUTRAJAYA, 4 Sept – Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali dalam satu kenyataan pada sabtu. Menurutnya, pelantikan itu telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Pelantikan ini juga […]

Kategori
Berita

Kereta Dihanyut Arus Deras Di Inanam, Sabah Ditemukan Pagi Ini

KOTA KINABALU, 4 Sept – Sebuah kereta Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam di sini lewat petang semalam ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bersama orang awam pada 7.20 pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kereta berkenaan ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi […]

Kategori
Berita

2,500 Guru Enggan Divaksin Tidak Dibenarkan Mengajar Secara Bersemuka – Radzi

KANGAR, 3 Sept – Guru-guru yang enggan atau masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak dibenarkam terlibat dalam sesi pengajaran serta berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar di dalam kelas. Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan itu dibuat bertujuan untuk memastikan sesi persekolahan selamat bagi pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah menjelang […]

Kategori
Berita

Pekerja Enggan Divaksin Boleh Dikenakan Tindakan – Saravanan

IPOH, 3 Sept — Pekerja yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 kerana menyebabkan suasana tempat kerja yang tidak selamat. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata walaupun tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 namun AKKP 1994 menuntut majikan memastikan persekitaran tempat kerja […]

Kategori
Berita

TUDM Bantu Hantar 99,400 Dos Vaksin Dari Sarawak Ke Sabah

KUCHING, 29 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membantu menghantar 99,400 dos vaksin COVID-19 dari Sarawak ke Sabah melalui penerbangan komunikasi logistik. Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan berkata, penerbangan itu membabitkan vaksin jenis Comirnaty (Pfizer-BioNTech) melalui pinjaman vaksin daripada kerajaan Sarawak yang diperoleh di Kuching, Sibu dan Bintulu untuk dibawa […]

Kategori
Berita

Sambutan Hari Kebangsaan Tetap Dijayakan Sebaik Mungkin – Annuar

PUTRAJAYA, 29 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan tetap dijayakan dengan sebaik mungkin walaupun dalam suasana negara masih berperang dengan pandemik COVID-19, kata Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata segala persiapan perjalanan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini telah dirancang sebaik mungkin, bagi memastikan ia mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan […]

Kategori
Berita

Malaysia Berupaya Hasilkan Vaksin COVID-19 Tempatan – Dr Adham

KOTA TINGGI, 28 Ogos – Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin COVID-19 pertama negara dengan mengembleng tenaga para saintis di negara ini yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan awam untuk melakukan inovasi terutamanya dalam pembinaan dan penghasilan vaksin. Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penghasilan sendiri vaksin COVID-19 sangat penting bagi membantu negara […]

Kategori
Berita

Kilang Dibenarkan Jadi PPV Untuk Pekerja Mereka – PM

BERA, 28 Ogos – Semua pemilik kilang terutama yang mempunyai ramai pekerja asing dibenarkan untuk menjadikan kilang mereka sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesesakan seperti yang tular di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Menurutnya, perkara ini juga telah dimaklumkan […]

Kategori
Berita

Fokus Saya Masa Ini Adalah Bersama Keluarga – Tengku Zafrul

SHAH ALAM, 22 Ogos – “Fokus saya pada masa ini adalah untuk bersama keluarga,” itu reaksi bekas Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika ditanya pemberita sama ada beliau sedia berkhidmat sekiranya dipanggil kembali oleh kerajaan Pusat. Tengku Zafrul berkata, beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga kerana mereka telah memberi sokongan […]