Kategori
Berita

Warga Emas Diberi Layanan Khas Sebelum Meninggal Dunia Semasa Urusan Di JPJ Bangi

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Warga emas yang meninggal dunia di kerusi ruang kaunter menunggu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi di Bandar Baru Bangi dekat sini semalam, telah diberikan layanan khas tanpa perlu beratur untuk berurusan. Kenyataan JPJ hari ini memaklumkan suhu badan lelaki berusia 76 tahun itu semasa memasuki premis adalah normal dan […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Kelantan Bermula Minggu Depan

KOTA BHARU, 15 Sept – Pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun di negeri Kelantan akan dimulakan minggu hadapan. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin berkata, suntikan itu bertujuan untuk meningkatkan tahap imunisasi kelompok remaja sekaligus menjayakan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Jika tiada halangan, […]

Kategori
Berita

MoU Kerajaan-PH Terpakai Sehingga Parlimen Ke-14 Dibubarkan

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) telah berkuat kuasa semalam dan terpakai sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan. Salinan memorandum persefahaman setebal 17 muka surat itu yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen hari ini turut menyatakan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen […]

Kategori
Berita

MoU Kerajaan, PH Bukan Bermakna Setuju Usul Undi Percaya Dihentikan – Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai Isnin lalu tidak bermaksud menyokong usul undi percaya bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri, jika ia dilaksanakan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha untuk menghentikan undi percaya tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan yang berkait dengan pemeteraian […]

Kategori
Berita

Masih Ada Anggap Semua Sekolah Dibuka Pada 3 Oktober – Radzi Jidin

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menjelaskan bahawa pembukaan sekolah di seluruh negara adalah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata jika negeri itu berada dalam Fasa Satu PPN maka tidak ada sekolah yang dibuka di negeri terbabit. Beliau menjelaskan perkara itu kerana […]

Kategori
Berita

KPM Wujudkan Persekitaran Sekolah Selamat Walau Pelajar Belum Divaksin Sepenuhnya

PUTRAJAYA, 12 Sept – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan persekitaran yang ada selamat untuk murid kembali semula ke sekolah secara berperingkat dengan kaedah penggiliran bermula 3 Oktober ini. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata walaupun semua pelajar di seluruh negara masih belum menerima suntikan vaksinasi COVID-19 sepenuhnya, kementerian akan memastikan semua ekosistem di […]

Kategori
Berita

KKM Akan Bina Hospital Medan Di HPP Tampung Pesakit COVID-19

GEORGE TOWN, 11 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membina hospital medan di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang kian meningkat di negeri ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pasukan KKM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melawat tapak hospital medan itu dan pembinaannya dijangka mengambil masa seminggu. Beliau […]

Kategori
Berita

Jakim Sediakan Draf Ketetapan Baharu SOP Solat Jemaah Di Masjid, Surau

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah untuk membuat draf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau untuk dijadikan panduan kepada semua negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, perkara itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara […]

Kategori
Berita

Noh, Mohamad Angkat Sumpah Jawatan Menteri, Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin hari ini masing-masing mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Pelajar Dibuat Seiring Pembukaan Sekolah – Khairy

PUTRAJAYA, 9 Sept – Pemberian vaksin kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilakukan seiring dengan pembukaan semula sekolah. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan dilantik bagi memikul tanggungjawab sebagai penyelaras program vaksinasi untuk remaja. “Kita sudah bentangkan perancangan vaksinasi kepada remaja ini semasa […]