Categories
Ringkas

Putin Tidak Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, Diwakili Timbalan PM Rusia – Anwar

Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Putin akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak.

“Presiden Putin mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir. Beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun berikutnya. Beliau akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia,” kata Anwar pada sesi taklimat khas media dengan wartawan tempatan dan antarabangsa di sini malam ini, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Pengesahan itu menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan kehadiran Putin selepas Presiden Rusia itu memaklumkan kepada Anwar bahawa beliau “mempertimbangkan dengan serius” kehadiran ke perhimpunan serantau berkenaan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijangka menghimpunkan beberapa pemimpin utama dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dan juga pemimpin dari China, Jepun serta negara anggota ASEAN.

Anwar turut mengesahkan Pemangku Presiden Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing tidak akan menghadiri sidang kemuncak berkenaan dan beliau turut menegaskan pendirian badan serantau itu terhadap Konsensus Lima Perkara mengenai krisis politik di negara terbabit. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading