Kategori
Ringkas

Bunuh Dua Beranak Di Juru, Suami Direman Bantu Siasatan

Suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa lelaki berkenaan telah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman. Sementara itu, mayat dua beranak berkenaan telah […]

Kategori
Ringkas

Aliran Trafik Meningkat, Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan setakat 9.30 pagi ini, susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Deepavali, Isnin ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang serta Bandar Cassia ke […]

Kategori
Ringkas

KPM Umum Garis Panduan Keselamatan Dan Larangan Telefon Pintar Tidak Lama Lagi

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan menetapkan garis panduan khusus susulan cadangan pelaksanaan langkah segera bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua institusi pendidikan, termasuk cadangan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah bagi murid berusia bawah 16 tahun. KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan garis panduan berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat. “KPM menyambut baik keputusan […]

Kategori
Ringkas

Bedah Siasat Pelajar UM Jatuh Kolej Kediaman Dilakukan Malam Ini – Polis

Bedah siasat ke atas seorang pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari kolej kediaman petang tadi, akan dijalankan malam ini di Jabatan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya mengesahkan kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia 22 tahun itu pada kira-kira 3.15 petang. “Mangsa disahkan […]

Kategori
Ringkas

Keputusan Rayuan FAM Dijangka Diketahui 30 Okt – Peguam

Keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap hukuman denda dan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dijangka akan diketahui pada 30 Okt ini. Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz, mewakili FAM dalam kes rayuan tersebut. “Keputusan asal dikeluarkan pada 26 Sept. Dalam tempoh masa yang […]

Kategori
Ringkas

Jenazah Mustaqqeem Selamat Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Ini

Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim semalam, berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang tadi. Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata jenazah dibawa turun dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189. “Helikopter dengan […]

Kategori
Ringkas

Polis Tahan Tiga Pelajar, Seorang Bekas Pelajar Disyaki Merogol

Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur. Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada waris mangsa yang berusia 53 tahun pada 8.11 malam, Ahad lepas. “Pada 11 pagi […]

Kategori
Ringkas

Rakyat Malaysia Guna Lesen Singapura Boleh Mohon BUDI95 Mulai Esok – Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuka laman sesawang khas mulai esok bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) memohon BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia bagi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tetapi terpaksa menggunakan lesen memandu republik itu untuk tujuan pekerjaan khususnya dalam […]

Kategori
Ringkas Ekspres

Keluarga Bayi Sakit Paru-Paru Kronik Terharu Dapat Perhatian PM Anwar

Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik, terharu apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bapa bayi berkenaan, Mohd Azlan Ishak, 36, berkata dia dan isteri Norhidayu Halim, 35, bersyukur kerana ada netizen yang menularkan […]

Kategori
Ringkas Ekspres

LIMA ‘25 Pada 20-24 Mei 2025, Ketengah Kepentingan Pemain Industri

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan, dengan mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing, seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat. Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA ‘25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive […]