Kategori
Berita

PM Muhyiddin Tawar Diri Jadi Antara Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin

PUTRAJAYA, 22 Dis – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin hari ini mengumumkan bahawa dirinya akan menawarkan diri menjadi antara individu pertama menerima vaksin suntikan vaksin COVID-19. Jelasnya, ia bertujuan untuk menyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diterima itu selamat dan terbukti berkesan.

“Saya akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19. Ini akan diikuti dengan petugas barisan hadapan (frontliners) sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik.

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan memastikan bekalan vaksin dapat diperolehi pada kadar segera.

“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin dari Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasar seawal Februari 2021,” ujarnya melalui perutusan khas mengenai vaksin COVID-19 secara maya hari ini.

Selain itu, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin selepas diperolehi dan digunakan. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen