Categories
Berita

TUDM Bantu Hantar 99,400 Dos Vaksin Dari Sarawak Ke Sabah

KUCHING, 29 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membantu menghantar 99,400 dos vaksin COVID-19 dari Sarawak ke Sabah melalui penerbangan komunikasi logistik.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan berkata, penerbangan itu membabitkan vaksin jenis Comirnaty (Pfizer-BioNTech) melalui pinjaman vaksin daripada kerajaan Sarawak yang diperoleh di Kuching, Sibu dan Bintulu untuk dibawa ke Tawau.

“Pemindahan vaksin ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Sabah dalam meningkatkan pemberian vaksin dalam kalangan rakyat di negeri itu bagi mencapai sasaran imuniti kelompok 80 peratus rakyat menjelang Oktober depan.

“Pesawat C130 berlepas dari Pangkalan Udara Labuan dan tiba pada pukul 11.30 pagi di Pangkalan Udara Kuching.

“Pesawat itu kemudiannya berlepas dari Kuching pada 12.30 tengah hari dan terbang ke Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Bintulu sebelum meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau dan tiba pada 4.30 petang,” menurut kenyataan itu. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading