Categories
Ringkas

Tiada PRK Parlimen Pandan, Setiawangsa Dijalankan – SPR

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan susulan tindakan bekas Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengosongkan kerusi masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan berkata, berdasarkan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, SPR menerima pemakluman status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh Johari hari ini.

SPR berkata, pengisytiharan kosong dua kerusi parlimen itu mengikut Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada PRK bahagian Pilihan Raya Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan,” katanya. – Astro AWANI

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Tinggalkan Balasan

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading