Kategori
Ringkas

‘I’m Coming Home’ – KJ Tidak Kisah Kembali Ke Bahtera UMNO Sebagai Anak Kapal Biasa

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin secara terbuka menyatakan beliau tidak meletakkan apa jua syarat untuk kembali kepada UMNO, apatah lagi mempunyai hajat peribadi atau sebarang permintaan. Dalam catatan terbaharu di laman media sosialnya, bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau hanya ingin diberi peluang untuk menjadi seorang anak kapal […]

Kategori
Ringkas

Kes Zahid Hamidi: AGC Sahkan Keterangan Tidak Mencukupi, Tiada Tindakan Lanjut

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa keterangan sedia ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi. Dalam kenyataan hari ini, AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap keterangan baharu hasil siasatan lanjut dan terperinci yang dijalankan […]

Kategori
Ringkas

Cadangan Had Tempoh PM, Elak Kesan ‘Tepu’ – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh mampu mengelakkan kesan ‘ketepuan’. Kata beliau, cadangan itu bukan bersifat ‘game changer’, sebaliknya bertujuan memastikan amalan tadbir urus yang lebih sihat dan mengelakkan pemusatan kuasa dalam tempoh terlalu […]

Kategori
Ringkas

Kerjasama Dengan Pas: UMNO Tidak Mahu ‘Dipatuk Ular Sama Kali Kedua’ – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Jan – UMNO menegaskan tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan pembangkang termasuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN). Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi perumpamaan keadaan itu seolah-olah ‘dipatuk ular sama kali kedua di tempat yang sama’. Mengulas lanjut, beliau berkata, mesyuarat Biro Politik UMNO yang bersidang […]

Kategori
Ringkas

BN Tolak ‘Tebuk Atap’, Kekal Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 6 Jan – Barisan Nasional (BN) menegaskan pendirian menolak sebarang amalan ‘tebuk atap’ yang boleh menyebabkan kejatuhan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekal komited bersama kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal. Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu selari dengan prinsip parti yang sejak awal tidak pernah menyokong sebarang tindakan yang boleh mencetuskan […]