Categories
Ringkas

BN Tolak ‘Tebuk Atap’, Kekal Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 6 Jan – Barisan Nasional (BN) menegaskan pendirian menolak sebarang amalan ‘tebuk atap’ yang boleh menyebabkan kejatuhan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekal komited bersama kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu selari dengan prinsip parti yang sejak awal tidak pernah menyokong sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan politik negara.

“Sejak dari awal lagi, parti mempunyai pendirian yang jelas bahawa kita tidak akan melakukan sebarang usaha ‘tebuk atap’ terhadap kerajaan yang ada sekarang.

“Kita akan bersama-sama Kerajaan Perpaduan ini sehingga tamat penggal, iaitu satu penggal yang mencukupi sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggesa partinya itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang.

Ahmad Zahid sebelum itu menyampaikan Amanat Tahun Baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, pada Selasa. – Astro AWANI / Umavathi Ramayah

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading