Categories
Berita

Muhyiddin Dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri – KSN

PUTRAJAYA, 4 Sept – Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali dalam satu kenyataan pada sabtu.

Menurutnya, pelantikan itu telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Pihak Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin di atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan tersebut. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฟ โ˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori โ€œRingkasโ€ - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading