Categories
Berita

MoU Kerajaan, PH Bukan Bermakna Setuju Usul Undi Percaya Dihentikan – Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai Isnin lalu tidak bermaksud menyokong usul undi percaya bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri, jika ia dilaksanakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha untuk menghentikan undi percaya tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan yang berkait dengan pemeteraian MoU tersebut.

Tegasnya, perkara itu telahpun dinyatakan secara terbuka sejak awal lagi ketika menghadapYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Negara, serta dipersetujui oleh semua wakil pemimpin parti melalui pertemuan tersebut.

“Jadi, sebab itu bagi kita bermula dengan asas ini harus ada undi percaya. Tetapi kita tidak mahu itu yang terkait dengan isu keabsahan, membatalkan usaha kerjasama dalam bidang-bidang utama termasuk COVID-19 dan ekonomi.

“Sebab itulah saya sebut kepada Perdana Menteri, walaupun kita tak setuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk tidak meneruskan undi percaya, kita akan tetap beri kerjasama berbincang mengenai soal MoU,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian ketika membahaskan Titah Diraja bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading