Kategori
Berita

PM Beri Bayangan Rentas Negeri Dalam Beberapa Minggu Lagi

PUTRAJAYA, 24 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan ‘dalam beberapa minggu lagi’. Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lalu, sebanyak 81 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam tempoh beberapa minggu saja lagi, ia boleh mencapai kadar […]

Kategori
Berita

Rentas Negeri Bukan Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Kebenaran pergerakan rentas negeri selepas liputan vaksinasi negara mencapai 90 peratus tidak menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebaliknya, lonjakan kes penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat berpunca daripada pengumpulan (congregation). “Kita telah membuat unjuran apabila kita mencapai 90 peratus vaksin, lebih kurang liputan untuk seluruh penduduk […]

Kategori
Berita

Kaedah Penggiliran Sekolah Untuk Kembalikan Semangat Murid – Radzi

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bertujuan untuk mengembalikan semangat murid. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, ia susulan negara yang mengalami tempoh sukar sejak 2020 yang menyebabkan sekolah ditutup untuk tempoh yang lama. “Kita sedar dalam konteks pembukaan sekolah pada Mac tahun […]

Kategori
Berita

Pengaruh Antivaksin Mungkin Main Peranan Dalam Kematian Pesakit Akibat COVID-19

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Orang muda tiba di hospital dengan jangkitan COVID-19 yang teruk, berstatus komorbid serta tidak divaksinasi. Keadaan itu yang menjadi kelaziman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dengan angka mereka mengatasi jumlah pesakit warga emas komorbid, tetapi lengkap vaksinasi COVID-19. Menyifatkan situasi itu ada kaitan dengan isu “keberatan menerima vaksin […]

Kategori
Berita

Dewan Rakyat: 16 Menteri Dijangka Gulung Perbahasan Titah Diraja Hari Ini

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Seramai 16 menteri dijangka menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja berkaitan kementerian masing-masing pada persidangan Parlimen hari ini, setelah berakhirnya sesi perbahasan semalam yang berlangsung sejak 14 Sept lepas. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian […]

Kategori
Berita

Genting Highlands, Pulau Tioman Dan Melaka Bakal Dibuka Kepada Pelancong

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata destinasi itu ialah Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka, dan cadangan itu telah diluluskan pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 hari ini. “Hari ini kita telah luluskan […]

Kategori
Berita

Melaka Dijangka Masuk Fasa Tiga PPN Oktober Ini – Ketua Menteri

MELAKA, 21 Sept – Melaka menyasarkan 100 peratus rakyat divaksin dicapai seawal mungkin dan melangkah ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada pertengahan Oktober ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Beliau berkata antara inisiatif yang dijalankan ialah membuka 98 pusat pemberian vaksin (PPV), menjalankan aktiviti pemberian vaksin secara ‘outreach’ oleh pasukan […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pulau Pinang Bermula Esok

GEORGE TOWN, 21 Sept – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja berusia 18 tahun ke bawah di negeri Pulau Pinang akan bermula esok (Rabu, 22 September 2021). Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebagai permulaan, vaksinasi akan membabitkan pelajar asrama berusia 16 hingga 17 tahun yang beralamat tetap di Pulau Pinang […]

Kategori
Berita

Penggunaan Katil ICU Yang Tinggi Sukarkan Pahang Beralih Ke Fasa 3 PPN

KUANTAN, 21 Sept – Kadar penggunaan katil yang masih tinggi dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri Pahang menjadikan negeri itu sukar untuk beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih awal. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peralihan fasa itu dinidakkan meski kadar peratusan vaksinasi di negeri itu […]

Kategori
Berita

Orang Ramai Dinasihat Jangan Ambil Risiko Redah Arus Banjir

KOTA KINABALU, 21 Sept – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan penduduk di daerah ini dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa. Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan […]