Kategori
Berita

Isu Kalimah Allah: Terlalu Awal Untuk Ulas, Perbincangan Dalaman Diperlukan – Zulkifli

IPOH, 11 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain oleh penganut agama Kristian di negara ini. Menurutnya, perkara itu memerlukan perbincangan dalaman dari semua termasuk undang-undang dan pandangan pelbagai pihak. Perbincangan dalaman itu akan dibuat bersama […]

Kategori
Berita

Mulai Hari Ini, Kompaun RM10,000 Akan Dikenakan Jika Langgar SOP

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Mulai hari ini, individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun RM10,000 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bekata, langkah itu diambil berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai […]

Kategori
Berita

Zulkifli Nasihatkan Sajat Serah Diri

LABUAN, 9 Mac – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau lebih dikenali dengan nama Sajat dinasihatkan supaya menyerah diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas waran dikeluarkan terhadapnya bulan lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata isu itu sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik. “Saya ingin […]

Kategori
Berita

Fasiliti KKM Mampu Kendalikan Vaksin COVID-19 Untuk Jemaah Haji

PUTRAJAYA, 8 Mac – Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mampu mengendalikan pemberian vaksin COVID-19 kepada jemaah haji sekiranya ibadah haji dibenarkan tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang bakal diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi. “Sekiranya ibadah haji boleh dilaksanakan tahun ini, jumlah jemaah terbabit adalah […]

Kategori
Berita

Menghasut Untuk Tolak Pengambilan Vaksin Adalah Satu Kesalahan!

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Melalui Ordinan Darurat, perbuatan menghasut orang ramai supaya menolak daripada mengambil vaksin COVID-19 adalah satu kesalahan. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan sedemikian boleh dianggap mendatangkan khianat awam dengan niat untuk menakut-nakutkan orang ramai. “Semalam, saya difahamkan polis sudah membuat kenyataan. Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua […]

Kategori
Berita

Status PKP Di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Kini Diganti Kepada PKPB – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sebelum ini dilaksanakan di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang kini bertukar statusnya kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 5 Mac ini. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak […]

Kategori
Gaya Hidup

Lelaki Bina 11 Bonggol Kurang Jarak 40 Meter, Tampil Mohon Maaf

BESUT, 14 Jan – Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini apabila dirinya membina 11 bonggol di atas jalan bersebelahan rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lalu, tampil memohon maaf atas perbuatannya itu. Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak lebih 40 meter sehingga menyukarkan […]

Kategori
Berita

Tragedi Remaja Lemas Bantu Mangsa Banjir: Ibu Hairan Arwah Sempat Makan ‘Nasi Dingin’

KUALA KRAI, 7 Jan – Mohammad Hakimin Mohd Rahim sempat menjamah ‘nasi dingin’ (nasi semalaman) tengah hari semalam kerana mengejar masa bagi membantu penduduk kampung yang terjejas ekoran banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut Ibunya, Norazila Mohamad, 46, beliau berasa hairan kerana anak ketiganya itu selama ini hanya makan nasi panas dan tiada […]

Kategori
Berita

Agong Tinjau Situasi Banjir Di Pahang Melalui Udara

KUANTAN, 7 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan banjir di Pahang melalui udara dengan menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Istana Negara melalui satu kenyataan memaklumkan, Seri Paduka Baginda berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan dengan menaiki pesawat EC725 pada jam 9 pagi dengan diiringi Menteri […]

Kategori
Politik

“Saya Tiada Apa-Apa Komen, Ini Tempoh Bertenang,” -Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengambarkan situasi semasa dalam parti adalah tempoh bertenang baginya setelah jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) digugurkan serta merta. Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang memberi peluang kepadanya berkhidmat […]