Categories
Berita

Isu Kalimah Allah: Terlalu Awal Untuk Ulas, Perbincangan Dalaman Diperlukan – Zulkifli

IPOH, 11 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Menurutnya, perkara itu memerlukan perbincangan dalaman dari semua termasuk undang-undang dan pandangan pelbagai pihak. Perbincangan dalaman itu akan dibuat bersama Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan diadakan esok dalam masa terdekat.

“Yang ini saya tunggu dulu, saya mahu bincang dalam masa terdekat ini. Ia melibatkan perbincangan dalaman dulu dan kemudian kita lihat (penyelesaian) yang terbaik. Saya kena tengok dari semua aspek, (meliputi) dari segi undang-undang, segi agama, pandangan-pandangan (ulama) terdahulu dan mutaakhir (ulama terkemudian).

“Masa (selepas) itu kita akan tengok mana yang terbaik,” katanya sebagai mengulas soalan wartawan mengenainya dalam sidang media Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba kepada Pelajar Asnaf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Bangunan Tabung Haji, di sini, hari ini.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan lain iaitu solat, Kaabah dan Baitullah, dalam penerbitan agama itu bagi tujuan pendidikan dalam komuniti mereka. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฟ โ˜‘
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori โ€œRingkasโ€ - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

One reply on “Isu Kalimah Allah: Terlalu Awal Untuk Ulas, Perbincangan Dalaman Diperlukan – Zulkifli”

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading