Categories
Politik

“Saya Tiada Apa-Apa Komen, Ini Tempoh Bertenang,” -Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengambarkan situasi semasa dalam parti adalah tempoh bertenang baginya setelah jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) digugurkan serta merta.

Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang memberi peluang kepadanya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung BN, sebelum ini.

Beliau berkata demikian melalui satu tangkap layar perbualannya bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui aplikasi WhatsApp yang dikongsikan melalui satu ciapan di Twitter. Menurutnya, beliau menjelaskan bahawa perkhabaran mengenai pemecatannya itu dimaklumkan menerusi media.

“Saya diberitahu oleh media, saya dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini,” tulis Annuar kepada Zahid.

Melaui sumber UMNO, keputusan untuk menggugurkan Annuar itu dibuat melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Zahid di ibu pejabat UMNO, hari ini. Susulan pemecatan itu, kedudukan Annuar yang sebelum ini sebagai Setiausaha Agung BN akan diambil alih oleh Datuk Seri Ahmad Maslan. – SHARE RANGERS

Share Rangers's avatar

By Share Rangers

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿 ☑
Ringkas, padat dan terus kepada isi. Share Rangers membawakan kandungan berita, isu semasa dan informasi digital dalam gaya santai tetapi profesional. Fokus utama semestinya kategori “Ringkas” - siri kandungan berita selektif yang cepat dibaca, mudah hadam dan relevan dengan masa kini.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading