Kategori
Berita

Peningkatan Kos Haji, Kerajaan Jamin Tetap Beri Subsidi – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU, 18 Sept – Kerajaan memberi jaminan subsidi mengerjakan haji akan dikekalkan meskipun kemungkinan berlaku peningkatan kos di masa hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Bagaimanapun, beliau berkata kos sebenar bagi mengerjakan haji belum diputuskan dan akan dibincangkan yang diharap tidak membebankan bakal haji. Katanya […]

Kategori
Berita

Sabah Benarkan 300 Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Utama

KOTA KINABALU, 17 Sept – Kerajaan Sabah hari ini membenarkan seramai 300 jemaah untuk solat Jumaat di Masjid Utama negeri ini berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun. Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata masjid utama tersebut ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Nurul Hikmah di sini dan […]

Kategori
Berita

Pulau Pinang Benarkan Jemaah Lengkap Vaksinasi Solat Ikut Kapisiti Masjid, Surau

GEORGE TOWN, 17 Sept – Jemaah yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk mendirikan solat fardu dan Jumaat mengikut kapasiti ruang sesebuah masjid atau surau di negeri ini, mulai esok. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan dalam […]

Kategori
Berita

Langkawi: Syarikat Penerbangan, Hotel Setuju Tangguh Tiket, Penginapan Individu Positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Individu yang dikesan positif COVID-19 ketika saringan sebelum berlepas ke Langkawi boleh menangguhkan tarikh tiket penerbangan dan pakej penginapan percutian mereka ke pulau peranginan itu, ke tarikh lain. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu telah dibincangkan oleh pihaknya dengan syarikat penerbangan dan penginapan […]

Kategori
Berita

Negeri Sembilan Dijangka Beralih Ke Fasa 4 PPN Dalam Tempoh Seminggu Lagi

PORT DICKSON, 17 Sept – Negeri Sembilan dijangka beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh seminggu lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun, peralihan itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya kes harian COVID-19 di negeri ini menunjukkan penurunan. “Sekarang kita hanya merekodkan 170 ke 200 lebih kes baharu COVID-19 sehari. Kalau […]

Kategori
Berita

COVID-19: 173,000 Remaja Di Pahang Akan Divaksin Bermula Isnin

KUANTAN, 17 Sept – Pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja di Pahang mulai Isnin ini akan melibatkan kira-kira 173,000 orang, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata selain remaja berusia 16 dan 17 tahun, turut menerima vaksin ialah mereka berumur 12 hingga 15 tahun yang mempunyai masalah kesihatan selain keutamaan diberikan kepada […]

Kategori
Berita

Faizal Azumu Mohon Maaf, Salah Faham Berhubung Pembukaan Semula Gimnasium

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini tampil memohon maaf kepada semua pemilik dan pengendali gimnasium susulan salah faham berhubung pembukaan semula gimnasium di negeri Fasa Dua dan Tiga di bawah Pelan Pemulihan Negera (PPN), seperti yang dilaporkan sebelum ini bahawa ia akan dibuka semula bermula […]

Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pahang Bermula 20 September

KUANTAN, 17 Sept – Program vaksinasi COVID-19 kepada pelajar berusia 16 dan 17 tahun di Pahang akan bermula Isnin depan (20 September), kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Nor Azimi Yunus. Menerusi kenyataan di akaun Facebook, Dr Nor Azimi berkata Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) juga sedang melakukan penyelarasan dengan Jabatan Pendidikan negeri berhubung pemberian vaksin […]

Kategori
Berita

CITF-A Sasar 60 Peratus Remaja Dapat Satu Dos Vaksin COVID-19 Nov Ini

PUTRAJAYA, 15 Sept – Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022. CITF-A yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan remaja berumur […]

Kategori
Berita

Kedai Fotografi, Barangan Terpakai, Kedai Bunga Di Negeri Fasa 1 PPN Dibenar Beroperasi 17 Sept – PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kedai barang fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri, kedai kraftangan dan cenderahati dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang memberi kelonggaran bagi sektor pekerjaan/ekonomi. […]