Kategori
Berita

Faizal Azumu Mohon Maaf, Salah Faham Berhubung Pembukaan Semula Gimnasium

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini tampil memohon maaf kepada semua pemilik dan pengendali gimnasium susulan salah faham berhubung pembukaan semula gimnasium di negeri Fasa Dua dan Tiga di bawah Pelan Pemulihan Negera (PPN), seperti yang dilaporkan sebelum ini bahawa ia akan dibuka semula bermula hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, pihaknya akan menggesa agar gimnasium dibenarkan dibuka semula secepat mungkin, lapor The Vibes.

“Saya mohon maaf atas salah faham. Saya percaya timbalan saya tersalah sebut atau salah maklumat.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya seperti dilapor portal tersebut, pada Jumaat.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker dilapor berkata gimnasium di negeri Fasa Dua dan Tiga, di bawah PPN akan dibenarkan beroperasi semula hari ini dan hanya mereka yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk.

Walaubagaimanapun, beliau tampil menjelaskan semula kenyataannya bahawa gimnasium hanya boleh beroperasi semula selepas prosedur operasi standard (SOP) tambahan diwartakan.

“Buat masa ini tiada isu pembukaan gimnasium cuma sedang menunggu SOP tambahan sebelum pengusahanya dibenarkan beroperasi,” katanya.

Setakat ini, kerajaan hanya membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka dan tertutup kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin menerusi tempahan, di negeri Fasa Dua dan Tiga PPN. – SHARE RANGERS

Wartawan Share Rangers's avatar

Oleh Wartawan Share Rangers

( Verified Author ☑ ) Merupakan seorang Pengasas kepada Share Rangers. Idea telah diilhamkan daripada satu page Facebook yang bernama 'Bawang Rangers'. Impian admin adalah memastikan portal Share Rangers kekal relevan untuk dibaca zaman kini.

Tinggalkan komen