Kategori
Berita

Vaksinasi Remaja Di Pulau Pinang Bermula Esok

GEORGE TOWN, 21 Sept – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja berusia 18 tahun ke bawah di negeri Pulau Pinang akan bermula esok (Rabu, 22 September 2021). Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebagai permulaan, vaksinasi akan membabitkan pelajar asrama berusia 16 hingga 17 tahun yang beralamat tetap di Pulau Pinang […]

Kategori
Berita

Penggunaan Katil ICU Yang Tinggi Sukarkan Pahang Beralih Ke Fasa 3 PPN

KUANTAN, 21 Sept – Kadar penggunaan katil yang masih tinggi dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri Pahang menjadikan negeri itu sukar untuk beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih awal. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peralihan fasa itu dinidakkan meski kadar peratusan vaksinasi di negeri itu […]

Kategori
Berita

Orang Ramai Dinasihat Jangan Ambil Risiko Redah Arus Banjir

KOTA KINABALU, 21 Sept – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan penduduk di daerah ini dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa. Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan […]

Kategori
Berita

APM Berjaya Tangkap Buaya Tular Di Kampung Nagapas, Papar

PAPAR, 21 Sept – Seekor buaya yang tular di media sosial selepas kemunculannya dirakam melalui video di tengah jalan di Kampung Nagapas di sini baru-baru ini, berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah malam tadi. APM Sabah menerusi kenyataan memberitahu buaya seberat kira-kira 700 kilogram dan panjang 4.87 meter ditemukan orang awam pada pukul […]

Kategori
Berita

Status Pelaksanaan Undi 18 Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Status pelaksanaan Undi 18 dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk melaksanakannya antara isu yang bakal dikupas pada persidangan Parlimen hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan oleh Gobind Singh Deo (PH-Puchong) kepada Perdana Menteri. Pada […]

Kategori
Berita

Enam PPV Di Johor Bahru Dibuka Untuk ‘Walk-in’

JOHOR BAHRU, 20 Sept – Lima pusat pemberian vaksin (PPV) di daerah ini telah dibuka untuk vaksinasi secara walk-in atau jumpa terus bermula hari ini dalam usaha mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di negeri ini, kata Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Abdul Rahman Salleh. Beliau berkata PPV Taman Nusantara, Gelang Patah; PPV Iskandar Malaysia Studios (IMS), […]

Kategori
Berita

Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi Mula Tunjuk Kejayaan – Nancy

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pulau Langkawi di Kedah, yang menjadi projek rintis Gelembung Pelancongan di negara ini, mula menunjukkan kejayaan sejak ia dibuka pada Khamis lepas apabila merekodkan kedatangan pelancong seramai 9,500 orang. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata setakat ini, tiada kes COVID-19 direkodkan dalam kalangan pelancong seperti dimaklumkan […]

Kategori
Berita

Keberkesanan Kaedah PdPR Pada Tahap Sederhana – KPM

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam kalangan murid dan pelajar sekolah adalah pada tahap sederhana, menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini kementerian itu memaklumkan bahawa dapatan itu diperoleh hasil Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Home-based Learning yang dibuat secara dalam talian yang memberi […]

Kategori
Berita

Kerajaan Digesa Segerakan Pembentangan RUU Gangguan Seksual

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Beberapa Ahli Parlimen hari ini menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang mengenai gangguan seksual di Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi melindungi golongan wanita di negara ini. Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) berkata walaupun terdapat peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Kerja 1955 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun […]

Kategori
Berita

Rentas Negeri Tidak Termasuk Dalam Pengurangan SOP – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kebenaran merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Hishammuddin berkata keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri perlu diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Rentas negeri […]