Categories
Berita

APM Berjaya Tangkap Buaya Tular Di Kampung Nagapas, Papar

PAPAR, 21 Sept – Seekor buaya yang tular di media sosial selepas kemunculannya dirakam melalui video di tengah jalan di Kampung Nagapas di sini baru-baru ini, berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah malam tadi.

APM Sabah menerusi kenyataan memberitahu buaya seberat kira-kira 700 kilogram dan panjang 4.87 meter ditemukan orang awam pada pukul 7.30 malam yang kemudian menghubungi Pusat Kawalan 999 APM Sabah untuk tindakan lanjut.

“Pengadu mengatakan buaya tersebut tular di media sosial beberapa hari lalu. Berikutan itu, APM Papar terus bergerak ke lokasi untuk menangkap buaya tersebut dengan bantuan orang kampung.

“Pihak APM seterusnya menyerahkan buaya tersebut kepada pihak Wildlife Rescue Unit (pasukan Jabatan Hidupan Liar Sabah) setelah selesai penangkapan pada pukul 9.05 malam,” menurut kenyataan itu hari ini.

Rakaman video berdurasi 14 saat kemunculan buaya itu di tengah jalan di Kampung Nagapas dipercayai akibat hujan lebat dan banjir kilat, menimbulkan kerisauan penduduk di kawasan berhampiran. – BERNAMA

Bernama's avatar

By Bernama

𝗩𝗲𝗿𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 ☑
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Share Rangers

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading