Kategori
Berita

Pendakwaan Akan Fail Rayuan Terhadap Keputusan Kes Zulfarhan

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan kesalahan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sebelum ini mereka didakwa atas pertuduhan membunuh. Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun apabila ditanya […]

Kategori
Berita

UPNM, ATM Diingatkan Tidak Ulangi Jenayah Yang Berlaku Ke Atas Zulfarhan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diingatkan agar tidak mengulangi perbuatan jenayah sepertimana yang berlaku ke atas Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain. Perkara itu ditegaskan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut menyifatkan perbuatan ke atas Zulfarhan Osman itu sebagai […]

Kategori
Jenayah

Kontraktor Rugi Lebih RM300,000 Diperdaya Pelaburan Dalam Talian

SEREMBAN, 3 Nov – Seorang kontraktor di sini mendakwa kerugian RM303,084 selepas diperdaya tawaran skim pelaburan dalam talian tidak wujud yang diperkenalkan rakan media sosial, dikenalinya dua bulan lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata lelaki berusia 54 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Lilina Lim’ […]

Kategori
Berita

Mohd Diya Banyak Tersenyum, Luang Masa Dengan Anak-anak

MELAKA, 22 Okt – Perubahan sikap dan layanan anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, 46, beberapa hari sebelum meninggal dunia akibat lemas adalah kenangan yang tidak akan dilupakan anaknya, Nurul Ain Balqis. Remaja berusia 16 tahun itu berkata, bapanya lebih banyak tersenyum dan meluangkan masa bersama dia dan tiga lagi adik-beradiknya iaitu Muhammad Daniel […]

Kategori
Berita

COVID-19: Lelaki Malaysia Antara Korban Terkini Di Singapura Pada 21 Oktober

SINGAPURA, 22 Okt – Seorang lelaki warga Malaysia adalah antara 16 lagi kematian baharu akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di Singapura pada 21 Okt. Menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam data terkininya, lelaki itu adalah pemegang pas kerja. Sementara itu dari 15 kes lain, 11 adalah lelaki warga tempatan dan Penduduk Tetap manakala empat lagi wanita rakyat […]

Kategori
Berita

Antivaksin: KKM Guna Pendekatan Tidak Benarkan Kebebasan Tertentu – Khairy

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kebebasan yang disekat itu hanya dituju kepada mereka yang enggan menerima vaksin COVID-19. Beliau berkata terdapat dua kumpulan yang harus dibezakan iaitu mereka yang tidak […]

Kategori
Berita

Peniaga Rugi Lebih RM8,000 Akibat Dua Kali Banjir Di Yan

YAN, 21 Okt – Seorang peniaga kedai runcit serta pengusaha kedai alat ganti dan servis motosikal di sini kerugian lebih RM8,000 akibat kejadian banjir semalam dan Ogos lepas. Tinjauan Bernama hari ini mendapati premis mereka dipenuhi lumpur selepas air surut dengan terdapat sejumlah barangan perniagaan rosak. Pemilik kedai runcit, Abdullah Samsudin, 61, berkata kesan banjir kilat semalam […]

Kategori
Berita

Jenazah Mohd Diya Selamat Dikebumi

MELAKA, 21 Okt – Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46, anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid An-Nur, Kampung Krubong, sebentar tadi. Jenazah Allayarham tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 11.20 […]

Kategori
Berita

Raja Tidak Perlu Tambahan Kuasa Jika Tiga Hak Dilaksana – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah Raja Pemerintah yang arif tidak memerlukan sebarang tambahan kuasa jika tiga hak sebagai Raja Berpelembagaan dikendalikan secara bijaksana lagi berhemah. Baginda bertitah hak-hak tersebut adalah hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, memberi galakan dan dorongan serta untuk memberi peringatan dan teguran. […]

Kategori
Berita

Anggota Bomba Lemas Semasa Operasi Menyelamat Semalam, Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Pulat, Melaka semalam, dilapor meninggal dunia pada jam 3.11 pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, mangsa Mohd Diya Che Jusoh, 46, meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. “Warga JBPM Melaka […]