KUALA LUMPUR, 12 Jan – Kementerian Pertahanan menegaskan, wanita tidak seharusnya dijadikan sebagai objek seks dan hiburan di mes Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menterinya, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, kementeriannya dan ATM dari awal lagi mengharamkan segala bentuk aktiviti tidak bersahsiah di semua kem ATM. “Panggillah dengan apa nama sekalipun, ‘yeye’, ‘yaya’ atau apa […]
