Kategori
Berita

Tiga Remaja Maut Kereta Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

SUNGAI PETANI, 20 Dis – Tiga remaja maut manakala seorang lagi parah setelah kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti adalah pemandu kereta Muhammad Aiman Rusdi, 17, serta dua rakannya Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, dan […]

Kategori
Berita

PM Anwar Dijangka Bentang Bajet Mini 2023 Di Parlimen Hari Ini

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan […]

Kategori
Berita

Nga Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Isnin memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali. Beliau turut meluangkan masa melawat keluarga mangsa tragedi itu selama 45 minit pada upacara penghormatan terakhir yang berlangsung bermula 10 pagi hingga 10.30 […]

Kategori
Berita

Banjir Terengganu: TNB Nafi Gangguan Elektrik Di Seluruh Negeri

KUALA TERENGGANU, 19 Dis – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan laporan yang tular di media sosial hari ini berkenaan kemungkinan gangguan bekalan elektrik di seluruh Terengganu pada petang ini. Melalui kenyataan yang dikeluarkan, TNB memaklumkan pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk menutup atau memotong bekalan elektrik secara besar-besaran ekoran situasi banjir di Terengganu yang semakin buruk. […]

Kategori
Berita

Kepentingan Dan Hak Rakyat Tunggak Utama – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat, sebagai tunggak utama. Beliau menerusi hantaran di Facebooknya, melahirkan rasa syukur selepas secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, hari ini. “Alhamdulillah, secara […]

Kategori
Berita

Banjir: Enam Jalan Menghubungkan Terengganu-Kelantan Ditutup

KUALA TERENGGANU, 19 Dis – Sebanyak enam jalan di daerah Setiu yang menghubungkan Terengganu dan Kelantan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan buat masa ini, berikutan banjir yang sedang melanda negeri Pantai Timur. Polis Terengganu dalam kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang ditutup sepenuhnya adalah Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (berhampiran Petronas Permaisuri di Kampung Balik Bukit); […]

Kategori
Berita

Usul Undi Percaya Terhadap PM Anwar Dibentang Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Usul Undi Percaya terhadap Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk mendapatkan keabsahan memimpin Kerajaan Perpaduan. Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Perdana  Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bersidang selama dua hari mulai […]

Kategori
Berita

Usul Undi Percaya, Pelantikan Speaker Tumpuan Hari Pertama Persidangan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pembentangan usul undi percaya dan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu antara tumpuan hari pertama persidangan Parlimen bagi Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov sebagai Perdana Menteri ke-10, terkandung pada nombor lapan […]

Kategori
Berita

KPM Tumpu Tujuh Fokus Utama, Teruskan Dasar Sedia Ada – Fadhlina

PUTRAJAYA, 15 Dis – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama dengan memastikan pelbagai inisiatif yang disediakan akan dikekalkan serta ditambah baik mengikut keperluan. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tujuh teras utama itu termasuk memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuk dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran. […]

Kategori
Berita

Pasar Raya, Kedai Runcit Di Lima Negeri Berdepan Kekurangan Bekalan Telur Ayam

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Bekalan telur ayam di pasar raya dan kedai runcit di lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka dilihat semakin meruncing berikutan banyak pihak, termasuk pengguna dan peniaga mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalan itu ketika ini. Di PERAK, tinjauan Bernama di sebuah pasar raya segar di Bandar Meru Raya, Ipoh mendapati berlaku […]