Categories
Ringkas

Bedah Siasat Pelajar UM Jatuh Kolej Kediaman Dilakukan Malam Ini – Polis

Bedah siasat ke atas seorang pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari kolej kediaman petang tadi, akan dijalankan malam ini di Jabatan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya mengesahkan kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia 22 tahun itu pada kira-kira 3.15 petang. “Mangsa disahkan […]

Categories
Ringkas

Keputusan Rayuan FAM Dijangka Diketahui 30 Okt – Peguam

Keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap hukuman denda dan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dijangka akan diketahui pada 30 Okt ini. Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz, mewakili FAM dalam kes rayuan tersebut. “Keputusan asal dikeluarkan pada 26 Sept. Dalam tempoh masa yang […]

Categories
Ringkas

Jenazah Mustaqqeem Selamat Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Ini

Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim semalam, berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang tadi. Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata jenazah dibawa turun dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189. “Helikopter dengan […]

Categories
Ringkas

Polis Tahan Tiga Pelajar, Seorang Bekas Pelajar Disyaki Merogol

Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur. Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada waris mangsa yang berusia 53 tahun pada 8.11 malam, Ahad lepas. “Pada 11 pagi […]

Categories
Ringkas

Rakyat Malaysia Guna Lesen Singapura Boleh Mohon BUDI95 Mulai Esok – Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuka laman sesawang khas mulai esok bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) memohon BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia bagi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tetapi terpaksa menggunakan lesen memandu republik itu untuk tujuan pekerjaan khususnya dalam […]

Categories
Ringkas Ekspres

Program Celik MADANI: 1 Juta Pelajar IPT Akan Terima Pelaburan Awal Sebanyak RM50 – Amir Hamzah

Seramai satu juta orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan menerima pelaburan awal secara percuma sebanyak RM50 melalui program Celik MADANI. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaburan awal sebanyak RM50 unit amanah ini dibiayai melalui sumbangan bersama antara Kerajaan dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang berjumlah RM50 juta untuk pengagihan sepanjang […]

Categories
Ringkas Ekspres

Keluarga Bayi Sakit Paru-Paru Kronik Terharu Dapat Perhatian PM Anwar

Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik, terharu apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bapa bayi berkenaan, Mohd Azlan Ishak, 36, berkata dia dan isteri Norhidayu Halim, 35, bersyukur kerana ada netizen yang menularkan […]

Categories
Ringkas Ekspres

LIMA ‘25 Pada 20-24 Mei 2025, Ketengah Kepentingan Pemain Industri

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan, dengan mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing, seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat. Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA ‘25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive […]

Categories
Ringkas Ekspres

Mampukah Hamidin Terus Pacu Kemajuan FAM?

Isu penyebaran ‘surat layang’ baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila kini timbul gesaan supaya presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan jawatan selepas enam tahun menerajui badan induk itu. Gesaan tersebut hadir bersama dakwaan prestasi Hamidin sebagai presiden tidak begitu memuaskan, selain turut mengaitkan perihal semasa landskap bola sepak negara dan […]

Categories
Ringkas Ekspres

Kerajaan Belanja RM37.6 Juta Beri Tol Percuma Sempena Aidilfitri – Ahmad Maslan

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM37.6 juta bagi menampung kos tol percuma sempena sambutan Aidilfitri ini. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan tidak bercadang untuk menambah bilangan hari tol percuma dan hal itu kekal seperti diumumkan sebelum ini. “Untuk dua hari tol percuma kerajaan telah membayar RM37.6 juta, kalau kita bundarkan angka itu […]